Friday 11 September 2015

Apa Itu MLM? Apa Sebenarnya MLM?

multi level marketingBila sebut pasal MLM (Multilevel Marketing) ramai sahaja orang yang sentak seperti dengar pasal insurans. Fobia pun ada. Masing-masing ada pengalaman pahit manis dengan MLM. Betul tak?



Saya pun banyak terjebak dengan MLM tapi sebagai sleeping partner kerana kebaikan produk yang menjadi keutamaan saya. Kadang-kadang saya tak jadi ahli pun tapi saya tetap jadi pengguna sebab kebaikan produk. Tapi kalau dah selalu membeli rugilah tak jadi ahli sebab bila jadi ahli ada diskaun. Rugilah kalau tak daftar.



Satu-satunya MLM yang saya

Thursday 7 May 2015

Senaman Kecilkan Paha dan Montokkon Punggung

senaman cantiikkan punggungRamai wanita mendambakan tubuh badan yang langsing dan seksi. Tiada siapa yang mahukan badan yang gemuk apatah lagi paha sebesar kaki gajah dan punggung yang kelihatan jatuh.



Siapa kata gemuk itu awesome. Gemuk sewaktu kita kecil mungkin ramai yang mengatakan comel. Bila dewasa jika keadaan berterusan ia adalah memalukan bagi sesetengah orang. Lagipun, gemuk adalah sesuatu yang tidak menyihatkan dan akan mengundangkan pelbagai kompilasi penyakit.



Sesetengah orang mempunyai berat badan yang ideal tapi ada part-part bahagian badan lemak berkumpul. Kita sebenarnya tidak dapat mengawal lemak bahagian mana yang ingin dibakar.



Hari ini saya ingin kongsikan senaman untuk mengecilkan paha dan montokkan punggung.

Monday 6 April 2015

Ketidaksuburan Di Kalangan Wanita

wanita tidak subur



Apakah maksud ketidaksuburan?



Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), ketidaksuburan ialah penyakit sistem pembiakan yang diukur dengan kegagalan mencapai kehamilan yang tidak dirancang selepas melakukan hubungan seks selama 12 bulan atau lebih.



Wanita yang boleh hamil tetapi keguguran juga dikategorikan sebagai tidak subur. Masalah ketidakkesuburan bukan sahaja berlaku kepada wanita sahaja malahan lelaki juga mengalamai masalah yang sama.



 Adalah dianggarkan 35 peratus disebabkan faktor lelaki, selebihnya 65 peratus faktor wanita dan sebahagiannya tidak diketahui.



Punca Wanita Tidak Subur



Ada beberapa masalah kesihatan di kalangan kaum wanita yang boleh menjadi punca wanita itu susah hamil. Antaranya

Wednesday 1 April 2015

Zinc Complex

zinkPernahkah anda mendapati terdapat bintik putih di kuku anda. Masa zaman remaja saya dulu, bila ada bintik putih di kuku bermakna ada orang yang merindu kita. Hehe.. Namun, itu adalah mitos semata-mata.



Fakta sebenar adalah bintik putih di kuku merupakan petanda yang anda kekurangan zink. Kekurangan zink dalam badan boleh menyebabkan masalah seksual, rambut gugur, luka lambat sembuh dan impoten.

Monday 30 March 2015

Sistem Penjagaan Rambut Berkelemumur, Rambut Gugur dan Rambut Bercabang

syampu rambut gugur



Syampu rambut Shaklee mungkin agak asing bagi mereka yang baru mengenali Shaklee. Shaklee terkenal sebagai pengeluar vitamin semulajadi untuk kesihatan manusia yang dipercayai sejak 55 tahun dahulu. Tidak ketinggalan, Shaklee juga mengeluarkan produk penjagaan luar selain herbal blend cream seperti syampu rambut ini yang berkesan, semulajadi dan selamat.



Syampu Shaklee adalah bebas kimia dan diformulasi untuk penjagaan rambut yang sihat.



Sebelum, mari kita lihat reaksi suami yang takut melihat rambut isteri yang semakin

10 Makanan Cegah Rambut Gugur

tip cegah rambut gugur



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,



Rambut adalah Mahkota Wanita. Bagi muslimah, walaupun bertudung, penjagaan rambut perlu dititikberatkan untuk elakkan rambut gugur, kusam dan rapuh.



Ramai yang ambil kisah mengenai masalah rambut wanita sedangkan lelaki juga mengalami masalah keguguran rambut yang sama seperti wanita.



Bila rambut isteri gugur dan makin menipis terus ditegur. Rambut lelaki yang semakin botak, buat relax pula ye. Sebagai wanita, kami pun tak nak lihat rambut si suami yang semakin botak. Tapi, saya tidak menolak kemungkinan ada juga wanita yang sukakan lelaki kepala botak. Betul ke?





Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo



Rambut yang sihat dan kuat melibatkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Banyakkan makan makanan yang dapat mencegah keguguran rambut seperti yang akan saya kongsikan pada entry kali ini.



Mengapa Rambut Gugur?



Keguguran rambut biasanya paling ketara berlaku kepada wanita selepas bersalin. Namun begitu, keguguran rambut juga akan berlaku kepada remaja dan orang dewasa yang kurang penjagaan rambut, banyak menggunakan bahan kimia pada rambut, diet yang tidak seimbang, tekanan, mereka yang menjalani pembedahan besar dan jangkitan penyakit.



Bagi mencegah keguguran rambut, anda perlu mengenali punca keguguran rambut sebelum mencari rawatan masalah rambut gugur.



Menurut pakar nutrien New York yang juga penulis buku ‘The Beauty Diet’, Lisa Drayer,




“Sama seperti bahagian badan yang lain, untuk mendapatkan rambut yang kuat bergantung kepada diet seimbang.”




10 Makanan Cegah Rambut Gugur



 1. Telur Dan Daging Ayam



Protein adalah sahabat baik rambut. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.



Telur kaya dengan empat kandungan mineral iaitu zink, selenium, sulfur, dan besi. Penyumbang terbesar kepada keguguran rambut adalah disebabkan oleh kekurangan besi dalam badan. Besi sangat penting kerana ia membantu sel-sel membawa oksigen ke folikel rambut.



2. Gandum



Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh  mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur.



3. Buah kering dan kekacang



Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.



Walnut contohnya mempunyai tembaga yang merupakan mineral yang mampu mengekalkan warna asli rambut dan berkilat. Ia juga kaya dengan biotin dan vitamin E yang mana membantu melindungi rambut daripada gugur dek kerana terdedah dengan cahaya matahari.



4. Tauge



Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.



5. Sayuran Hijau



Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.



Kandungan besi, beta karotena, folat dan vitamin C dalam bayam menjaga folikel rambut yang sihat dan menyah minyak dari kulit kepala.



6. Buah-buahan Segar



Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.



7. Makanan Laut



Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.



 8. Salmon



Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.



 9. Kunyit dan jintan



Merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.



10. Air Masak



Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.



Selain itu, amalkan juga suplemen tambahan untuk menampung kekurangan vitamin dan mineral bagi mendapatkan rambut yang lebat, kuat dan bersinar. Sihat dalaman serlah kecantikkan luaran.



[caption id="attachment_1404" align="aligncenter" width="640"]rawatan rambut gugur dan rambut nipis Set Rawatan Rambut Gugur[/caption]

 Apa tunggu lagi, order sekarang juga!



order vitamin shaklee, pengedar shaklee utara



atau hubungi saya, Nazifa SMS/Whatapps: 013-9330097 atau email ke order@vitamin2u.com atau PM kami di facebook.



Share Itu Prihatin



Kongsikan artikel 10 Makanan Cegah Rambut Gugur ini di media sosial anda. Kongsikan info menarik ini bersama dengan rakan-rakan dan saudara-mara yang mempunyai masalah rambut gugur.

Thursday 26 March 2015

Tips Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

masalah rambut gugur

Gerun tak hari-hari menyapu lantai tengok ada banyak rambut yang gugur?



Macam mana pula ketika mandi? Banyak tak rambut yang bergumpal dekat lubang tapis bilik air?



Akak kita ini takut tengok rambut yang banyak gugur masa mandi. Sampaikan dia malu dengan suami sebab rambutnya lagi menipis dari rambut suami.