Thursday 26 March 2015

Tips Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

masalah rambut gugur

Gerun tak hari-hari menyapu lantai tengok ada banyak rambut yang gugur?



Macam mana pula ketika mandi? Banyak tak rambut yang bergumpal dekat lubang tapis bilik air?



Akak kita ini takut tengok rambut yang banyak gugur masa mandi. Sampaikan dia malu dengan suami sebab rambutnya lagi menipis dari rambut suami.





Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo



Sama ada masalah keguguran rambut serius atau tidak, saya yakin ramai ibu-ibu yang risau sekiranya rambut semakin menipis. Kadang-kadang rambut menipis mengalahkan suami sendiri, sampai suami dah tegur. Itu dah kes berat.



Rambut adalah Mahkota Wanita, penjagaan rambut yang sihat mencantikkan kita lagi apatah lagi jika suami kita suka membelai rambut kita. Kalau rambut makin menipis, mungkin suami pun dah tak ada selera nak belai rambut kita lagi. Betul tak?



Keguguran Rambut Selepas Bersalin



Ada juga yang kaitan rambut gugur dengan bayi main buih. Ini adalah sekadar mitos. Banyak faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut selepas bersalin.



Kebiasaanya ibu-ibu yang selepas melahirkan anak akan mengalami masalah keguguran rambut yang dikenali sebagai  “telogen effluvium” or TE.



Apakah Telegon Effuluvium?



Telogen merujuk kepada keguguran rambut yang biasanya berlaku kepada ibu yang melahirkan anak, mereka yang mengalami jangkitan, menjalani pembedahan major atau mengalami tekanan melampau.



Kebiasaan ibu yang selepas melahirkan anak, akan memotong rambut pendek sebab rimas nak menyapu rambut yang gugur banyak bersepah atas lantai. Sayangnya dulu rambut yang panjang mengurai dipotong. Nak simpan panjang bukan main lama lagi, potong pendek 2 minit pun dah cukup kan?



Bagi mengatasi masalah keguguran rambut, ibu-ibu perlu tahu penyebab keguguran rambut supaya kita dapat mencari penyelesaian. Memotong rambut bukanlah satu penyelesaian bijak.



9 Sebab Kenapa Rambut Gugur



masalah rambut gugur


  1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh kehilangan rambut di antara 50-100 urat rambut setiap hari.

  2. Hormon dalam darah berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

  3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tak perlu panik kerana anda tak akan jadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi berusia setahun.

  4. Biasanya lebih kurang 5% hingga 15% rambut berada dalam peringkat berehat.

  5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika menyikat atau mencuci rambut (bersyampu). Ia akan digantikan dengan rambut baru. Purata rambut gugur bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

  6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan rehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

  7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

  8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

  9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah keguguran rambut berlaku berbanding wanita yang berambut pendek.




Adakah rambut saya kembali pulih selepas melahirkan anak?




Berdasarkan American Hair Loss Association, 'telogen effluvium' bermula seawal 3 minggu hingga 6 bulan selepas bayi dilahirkan. Keguguran rambut setiap ibu melahirkan berbeza dan ada sesetengah individu merasakan rambut terlalu banyak gugur semasa tempoh ini.



Jangan risau, rambut ibu-ibu akan kembali pulih dalam tempoh 6-12 bulan. Lama juga tu.



Oleh itu amalkan tips atasi masalah rambut gugur selepas bersalin supaya rambut kekal sihat.



10 Tips Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin




  1. Amalkan pemakanan sihat. Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan.

  2. Protein adalah rakan baik rambut anda. Telur, daging ayam dan ikan kaya dengan protein dan vitamin B. Banyakkan makanan yang kaya zink seperti makanan laut dll selain vitamin pranatal.

  3. Ambil omega-3 yang cukup yang boleh didapati dari ikan berlemak atau suplemen omega-3 untuk membantu mengalakkan kelembapan rambut dan mencegah rambut rapuh.

  4. Belai rambut dengan cermat. Elakkan menyikat rambut dengan kasar.

  5. Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengerinting (curl), mewarna, melurus (rebonding dsb) sehingga rambut kembali normal. Ini kerana bahan kimia yang digunakan boleh menggalakkkan keguguran rambut semakin serius.

  6. Hindarkan menggunakan wig (atau rambut palsu) kerana ia boleh membuatkan kulit kepala kurang pengudaraan serta merosakkan folikel rambut.

  7. Stress boleh menyebabkan rambut gugur dan menipis. Atasi masalah stress dengan tidur yang cukup, senaman atau aktiviti yang dapat mengurangkan stress

  8. Banyakkan minum air.

  9. Vitamin A, B dan C berkesan untuk mendapatkan rambut sihat. Banyakkan makan makanan yang kaya vitamin A, B dan C.

  10. Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.



Selain mengamalkan pemakanan yang dapat mencegah keguguran rambut, amalkan juga suplemen yang dapat membantu mengurangkan keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut ini. Jumpa doktor jika anda bercadang mengambil vitamin tambahan.



rawatan melebatkan



Set Masalah Rambut Gugur ini terdiri daripada ESP, B-Complex, Zinc Complex dan syampu rambut.



Shaklee bukan sahaja menjaga dalalam kita tetapi juga penjagaan luaran seperti syampu rambut Revitalizing Shampoo.



Manfaat Set Penjagaan Rambut Gugur



[caption id="attachment_1404" align="aligncenter" width="640"]rawatan rambut gugur dan rambut nipis Set Rawatan Rambut Gugur[/caption]

Revitalizing Shampoo.



Syampu ini membantu melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.



ESP



Membantu pertumbuhan rambut yang sihat selain membina dan membaiki sel yang rosak. Kesan sampingannya adalah kulit pun semakin licin dan cerah. :p



B-Complex



B-Complex yang terdiri dari vitamin B3, B6, B12 dan biotin membantu memperbaiki aliran darah kulit kepala, mengelakkan keguguran rambut, menghasilkan melanin untuk cegah uban, dan membantu menghasilkan keratin. Selain itu, ia membantu mengurangkan kadar stress.



Jika anda ada masalah kuku yang rapuh, biotin dalam B-Complex sangat membantu.



Zinc Complex



Membantu mengekalkan kalenjar merembaskan minyak yang melekat pada folikel rambut.



kalau anda ada budget lebih boleh add-on Vitalea dan Collagen.



Kalau anda rasa belum berpuas hati lagi. Lihat testimoni mereka yang berpuas hati dengan Set Penjagaan Rambut Gugur ini.



Adakah anda berminat nak melebatkan rambut supaya dapat melibas-libas rambut seksi anda pada suami? Dapatkan Set Penjagaan Masalah Rambut Gugur ini sekarang juga.



Hubungi Nazifa secara SMS/Whatapss: 013-9330097 atau email ke order@vitamin2u.com atau PM kami di facebook.



order vitamin shaklee, pengedar shaklee utara



Jangan tunggu lagi untuk mendapatkan Set Rawatan Rambut Gugur ini. Selain rambut makin sihat, kulit anda juga mendapatkan kesan yang menakjubkan juga.



Anda boleh klik banner di tas untuk meneruskan pembelian online menggunakan kad kredit/kad debit. Pastikan anda mendaftar ahli terlebih dahulu untuk menikmati potongan harga.



Jika artikel ini bermanfaat, kongsikan di media sosial anda. Mungkin ada rakan-rakan anda yang memerlukan info ini. :)



Sumber: Majalah Pa&Ma, www.pregnancyandbaby.com
Sumber imej: (theguardian.com, thelsheriealert.com, www.pregnancyandbaby.com/

No comments:

Post a Comment