Monday 8 September 2014

Krim Ruam Muka Bayi Yang Selamat

Assalamualaikum



ruam bayi, sakit kulit



Ruam, ruam, ruam!!



Adakah anak anda pernah mengalami ruam pada kulit wajah. Tentu ibu-ibu rasa susah hati. Ruam yang terjadi pada bayi dan kanak-kanak adalah perkara biasa. Tetapi AWAS ruam yang terjadi pada bayi mungkin juga berbahaya sebahagiannya mungkin tidak. Ruam yang serius pada kulit bayi perlu mendapatkan rawatan perubatan. Kebiasaanya ibu-ibu akan gunakan petua-petua tradisional dan krim ruam muka bayi.



Jenis-jenis Ruam



Terdapat pelbagai jenis ruam iaitu:




  • Ruam panas.

  • Ekzema (inflamasi kulit secara superficial).

  • Kaligata (Urticaria).

  • Ruam alahan.

  • Kontak dermatitis.

  • Jangkitan kulat seperti panau dan kurap.

  • Jangkitan seperti demam disebabkan virus, campak, rubella, virus yang tidak khusus dan demam denggi.

  • Ruam lampin.

  • Sengatan dan gigitan.



Biasanya ruam yang biasa kita dengar adalah ruam panas atau ruam yang disebabkan susu. Ruam juga boleh terjadi disebabkan bayi tidak dilap kering selepas mandi.



Ruam-ruam yang terjadi pada bayi boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi. Kesian kat baby kan?



Tanda dan Gejala Ruam



Ruam biasanya berwarna merah, kering, bersisik dan gatal. Ruam yang serius pula boleh menyebabkan pembengkakan dan kemerahan.



Cara Hilangkan Ruam Bayi



Biasanya ruam terjadi disebabkan bayi tidak