Thursday 25 December 2014

Senarai Vitamin Sintetik yang Perlu Kita Elak

Sebelum ini, saya ada kongsikan Panduan Membaca Label Vitamin yang boleh kita gunakan semasa membuat pilihan sebelum membeli produk vitamin atau suplemen di pasaran. Panduan ini juga boleh juga digunakan untuk membeli produk kosmetik, beverage atau makanan.vitamin sintetik



Berikut saya kongsikan kesinambungan Panduan Membaca Label Vitamin iaitu bahan-bahan sintetik yang perlu kita alert dan elak. Perbincangan mengenai bahaya dan kesan tidak baik vitamin sintetik pada kesihatan telah banyak dikaji dan dibincangkan.



Bahan-bahan sintetik yang disenaraikan di bawah banyak digunakan dalam vitamin sintetik. Saya juga turut kongsikan sumber bahan semulajadi yang banyak digunakan untuk vitamin semulajadi dan organik.



Senarai Vitamin Sintetik yang Perlu Kita Elak



[table id=6 /]

Nota Kaki:



Keyword penting atau tips mudah elak dari beli vitamin sintetik adalah melihat kandungan yang ada tertulis perkataan "dl".



Tips kedua adalah jika label tiada tertulis kandungan sumber vitamin, kita dah boleh abaikan vitamin tersebut. Vitamin yang tiada tulis sumber vitamin adalah vitamin sintetik.



Selain itu, bahan-bahan toksik berikut juga perlu dielakkan:




  • Magnesium stearate (or stearic acid)

  • Monosodium Glutamate (MSG) disguised as “natural flavors”

  • Carnauba wax is used in car wax and shoe polish

  • Titanium dioxide is a carcinogen



Sebelum saya tamatkan entry kali ini, mari kita lihat ahli nutrisi ini yang berkongsi tentang demam denggi. Demam denggi jika lambat dirawat boleh menyebabkan kematian. Pada musim panas, biasanya kes demam denggi akan meningkat. Jadi cegah sebelum terlambat.





Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo



Rujukan: (globalhealingcenter)

Wednesday 24 December 2014

Ostematrix

Ostematrix ni pun antara hot item Shaklee. Apa itu Ostematrix? Bagi mereka yang baru mengenali Shaklee, Ostematrix ni adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.



Bila sebut pasal kalsium, Of course ianya untuk tulang yang sihat dan kuat. Menurut kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand, kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.



sumber kalsium




Sumber kalsium adalah susu, yogurt dan keju. Walaubagaimanapun, diet ini tidak menjadi makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Sumber bukan tenusu adalah sayur-sayuran seperti kobis cina, kale dan brokoli. Kandungan kalsium dalam brokoli adalah sedikit.


Wednesday 17 December 2014

Panduan Membaca Label Vitamin - Siri 1

panduan baca label vitamin

Jika anda seorang yang ada latar belakang biokimia, sudah tentu risiko tertipu dengan kandungan makanan tambahan seperti vitamin, produk makanan, kosmetik bertoksik di pasaran dapat dikurangkan. Bagaimana pula dengan antara kita yang bukan ada latar belakang kimia?



Entry kali ini, saya nak kongsikan Panduan Membaca Label Vitamin/Suplemen yang ada di pasaran. Sebagai pengguna, kita mesti tahu panduan membaca label vitamin supaya kita tidak tertipu dengan produk yang mendakwa bahan yang digunakan bebas bahan kimia dan semulajadi..



Melalui entri ini kita akan ketahui kaedah membezakan vitamin semulajadi dan sintetik, keyword penting yang perlu kita tahu dan cara membaca label kandungan nutrisi. 

Tuesday 16 December 2014

Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik

vitamin photo

Banyak syarikat yang mendakwa produk kesihatan mereka yang paling berkesan, semulajadi dan selamat untuk dimakan. Tahukah anda produk kesihatan seperti suplemen vitamin dan mineral ada dua jenis di pasaran?



Terdapat dua jenis vitamin di pasaran iaitu vitamin semulajadi dan vitamin sintetik.



Apakah Vitamin Semulajadi?



vitamin photo

Umumnya, vitamin semulajadi boleh didapati dari sumber semulajadi seperti tumbuhan dan haiwan. Kita boleh mendapatkan sumber vitamin dan mineral sama ada secara mentah atau memasak makanan sebelum dimakan.



Sebagai contoh, untuk menghasilkan suplemen vitamin C, asid askorbik diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C seperti oren, buah kiwi, strawberry, cili merah, kobis dan kale.

Sunday 14 December 2014

Geram Muka Berjerawat Teruk

pimple photo

Bila lihat wajah berjerawat teruk di hadapan cermin rasa tangan gatal-gatal je nak picit sana sini. Tak kurang juga ada yang rasa rendah diri terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai. Apatah lagi jika karier kita itu adalah berjumpa orang setiap hari. Malulah kan jika muka berjerawat teruk, siap ada jerawat batu lagi ha kat hidung. Rasa nak isytihar darurat je, tak nak keluar rumah.



Inilah juga dilema seorang wanita yang sangat geram muka berjerawat teruk. Bermacam-macam cara dan produk yang beliau gunakan hinggakan beliau semakin geram dengan muka yang semakin berjerawat teruk akibat salah produk.



Tujuh tahun berlalu dengan rasa rendah diri dan malu, beliau akhirnya jatuh hati dengan satu-satunya produk kecantikan kulit muka yang sesuai dengan beliau. Nak tahu apa dia buat hingga kulit makin putih, gebu dan licin, ikuti Shaklee Effect beliau.



Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat





Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.



Haa, dah tahu Shaklee Effect beliau. Adakah anda berada sama dengan situasi beliau yag berjerawat teruk. Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA.



[caption id="" align="aligncenter" width="500" class=" "]pimple photo Photo by mahmoud99725 [/caption]

Nazifa
order@vitamin2u.com
013-9330097

4 Tips Membeli Vitamin C

[caption id="attachment_892" align="aligncenter" width="400"]tips beli vitamin c Vitamin C pills on spoon Photo Credit sasimoto/iStock/Getty Images[/caption]

4 Tips Membeli Vitamin C



Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik adalah nutrien asas yang penting diperlukan oleh badan kita. Badan kita tidak mampu menghasilkan vitamin C sepertimana haiwan mamalia. Dalam rancangan Dr. Oz Show, Dr. Oz  mencadangkan pengambilan 5 jenis vitamin asas yang penting dan juga vitamin C untuk nampak lebih muda.



Vitamin C mempunyai banyak fungsi antaranya untuk pembentukan kolagen. Kedua, untuk membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik. Ketiganya, sebagai antioksida untuk meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan kerosakan sel. Tablet vitamin C pula diambil sebagai suplemen untuk merawat diri kita yang mempunyai paras vitamin C yang rendah dan untuk mencegah penyakit skurvi.



Sebelum membeli apa-apa suplemen di pasaran, eloklah kita buat sedikit kaji selidik mengenai suplemen yang bakal kita beli. Adakah kita sememangnya memerlukanya? atau sekadar terpengaruh dengan iklan.



Berikut saya kongsikan 4 tips membeli vitamin C di pasaran. Berhati-hati dengan lambakan vitamin C di pasaran kerana kebanyakkannya adalah vitamin C sintetik yang berbahaya untuk jangka masa panjang.



Tips 1 : Berapa Banyak Vitamin C yang Kita Perlukan?



Setiap individu memerlukan keperluan Vitamin C yang berlainan berdasarkan jantina, umur, penyakit, gaya hidup dan lain-lain.



Berikut adalah jadual cadangan pengambilan vitamin C yang disediakan dalam Dietary Reference Intakes (DRIs) yang dibangunkan oleh Food and Nutrition Board (FNB) di Institut Perubatan (IOM) Akademi Nasional.



[table id=3 /]



Tips 2: Apakah Kandungan Vitamin C Yang Bagus?



read labelPeriksa label botol terlebih dahulu supaya anda tahu isi kandungan Vitamin C tersebut. Pastikan Vitamin C yang bakal anda beli dibuat daripada bahan-bahan semulajadi.



Kebanyakan Vitamin C semulajadi, mempunyai dos Vitamin C yang rendah seperti 500mg.



Vitamin C yang tinggi dosnya seperti 1000mg, kebanyakan dihasilkan daripada proses kimia di makmal yang kita kenali sebagai vitamin sintetik.



Vitamin C sintetik dihasilkan melaui gula daripada buah. Satu lagi bahan yang digunakan adalah lebihan petroleum. Hmm.. berbahaya bukan?



Perbezaan nyata antara vitamin semulajadi dan sintetik adalah tambahan kandungan bioflavonoid. Pastikan Vitamin C tersebut mempunyai bioflavonoid yang bertindak sebagai pemangkin untuk penyerapan vitamin C yang maksimum.



Bioflavonoid adalah antioksidan yang sangat baik dan hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Bioflavonoid dalam buah oren sebenar adalah yang warna putih-putih yang biasa kita buang sebab rasanya yang pahit. Saya pun, kadang-kadang buang juga serat putih tu. Lepas ni kalau kupas buah oren, jangan dibuang lagi serat warna putih-putih tu ye? Berkhasiat tu!



Vitamin C tanpa bioflavonoid diibaratkan sebagaikereta tanpa tayar dan mungkin hanya beberapa peratus sahaja vitamin C yang dapat diserap oleh badan. Rugikan?



Tips 3 - Pelepasan Vitamin C Secara Berperingkat (Sustained Release)



Pastikan anda memilih vitamin C yang bersifat Sustained Release. Ramai yang masih belum jelas apakah maksud Sustained Release ini?



"Kalau beli vitamin C yang tiada elemen Sustained Release apa bezanya? Penting sangat ke?"



Apakah keistimewaan vitamin yang bersifat Sustained Release ini?kebaikan vitamin c



Sustained (or Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan secara berperingkat dalam masa lima jam dan mampu kekal dalam plasma darah dalam tempoh 24 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.



Vitamin larut air seperti B-Complex dan Vitamin C mudah rapuh. Oleh itu, kita dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen. Vitamin C tidak boleh disimpan di dalam badan.



Tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa tinggi dos vitamin tersebut dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja. Rugikan kalau vitamin C tak dapat digunakan sepenuhnya.



Sifat Sustained Release memberikan kesan penyerapan yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan) serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.



Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.



Tips 4 - Halal dan Kelulusan KKM



Sebagai pengguna Muslim, sudah menjadi kewajiban kita untuk mencari produk yang Halal. Pastikan vitamin C yang kita beli telah disahkan Halal oleh JAKIM atau badan diiktiraf oleh JAKIM dan juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Sijil Halal Shaklee



Sekarang kita dah tahu point penting tips membeli vitamin C

Ringkasnya:

Vitamin C mesti ada ciri-ciri berikut:


  • sustained release

  • kandungan vitamin C 500mg

  • semulajadi

  • kandungan tambahan bioflavonoid



Vitamin C yang saya dinyatakan di atas terdapat dalam produk vitamin C kegemaran saya iaitu Shaklee Sustained Release Vita- C Plus!

Friday 12 December 2014

7 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik - Siri 2

memilih minyak ikan omega-3



Artikal ini adalah sambungan dari 7 Tips Memilih Minyak Ikan - Siri 1. Klik sini untuk baca entry sebelumnya.



7 Tips Memilih Minyak Ikan - Siri 2



 

Tips 5: Jaminan Ketulenan Bertulis



Pastikan pembuat suplemen memberi jaminan ketulenan bertulis.

Kebanyakkan syarikat pembuat menjanjikan jaminan pulangan wang dan ada yang claim produk mereka adalah gred farmaseutikal.



Selain itu, adakah pembuat memberi jaminan bertulis 100% bahawa kandungan bahan pada label ada pada produk tersebut. 100% jaminan formulasi kawalan kualiti produk adalah penting bagi memastikan keselamatan produk, ketulenan, kepercayaan dan keberkesanan produk; dan 100% jaminan bahawa pembuat menggunakan bahan-bahan yang paling berkualiti?



TAHUKAH ANDA: The fish oil in OmegaGuard is certified by Friend of the Sea, an international conservation organization, under strict criteria for sustainability, including full traceability in every phase of the process.





Klik sini untuk melihat jaminan ketulenan multistep molecular distillation company yang saya nyatakan di atas.





Tips 6: Kajian Klinikal oleh Syarikat Pembuat Suplemen



Semua syarikat pembuat suplemen mendakwa produk mereka adalah bergred farmaseutikal dan membuat kajian klinikal. Apa buktinya?



Walaupun kajian klinikal bukan sesuatu yang mandatori, hanya ada beberapa syarikat pembuat sahaja yang melabur untuk membuat kajian klinikal.



Satu syarikat pembuat telah sukarela membuat kajian klinikal dengan lebih 100 laporan saintifik dan 90 diterbitkan untuk jurnal saintifik. Syarikat ini telah melaburkan hampir $300 juta dolar Amerika dan bidang pembangunan dan penyelidikan.



Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai peneraju dalam industri nutrisi semulajadi





Tips 7: Pastikan Status Halal Produk



Of course, perkara paling penting sebelum membeli apa-apa produk sama ada produk makanan, pakaian atau apa-apa sahaja sumber, pastikan produk yang dibeli disahkan Halal oleh JAKIM atau badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Bagi produk kesihatan pula, pastikan terdapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Jika anda terlepas entry  7 Tips Memilih Minyak Ikan - Siri 1, klik di sini.





Produk yang menjadi pilihan saya tentulah Omega Guard Shaklee yang dijamin ketulenan dan dibuat kajian klinikal dan mendapat staus Halal lagi.