Sunday 16 November 2014

7 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik - Siri 1

Artikel ini adalah Siri 1 - 7 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik. Lihat Siri 2 di sini.memilih minyak ikan omega-3



Di pasaran sekarang dah banyak suplemen minyak ikan dengan pelbagai jenama. Adakah kita tahu suplemen minyak ikan yang manakah yang terbaik?



7 Tips Memilih Minyak Ikan



read label



Semasa membeli barangan seperti makanan dalam tin, minuman atau makanan sejuk-beku pastinya kita akan baca dulu label nutrien dan juga tarikh luiput sesuatu barang.



Betul tak?



Sama juga dengan suplemen, kita digalakkan baca dulu label nutrien terlebih dahulu.







Tips 1: Ketulenan (Purity)



Ketulenan di sini bermaksud kapsul minyak ikan BEBAS MERKURI dan logam berat (arsenik, kadmium dan plumbum), dioksin, PCB dan furans.



Kupasan mengenai bahaya memakan ikan bermerkuri telah saya bincangkan dalam entry sebelum ini.



Tiada Bau Hanyir Ikan



Minyak ikan omega-3 yang terbaik tak ada bau ikan. Macam mana nak tau? Lihat label atau kunyah kapsul, ada tak bau ikan? Suplemen minyak ikan yang berkualiti tiada bau ikan.

atau