Sunday, 16 November 2014

7 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik - Siri 1

Artikel ini adalah Siri 1 - 7 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik. Lihat Siri 2 di sini.memilih minyak ikan omega-3



Di pasaran sekarang dah banyak suplemen minyak ikan dengan pelbagai jenama. Adakah kita tahu suplemen minyak ikan yang manakah yang terbaik?



7 Tips Memilih Minyak Ikan



read label



Semasa membeli barangan seperti makanan dalam tin, minuman atau makanan sejuk-beku pastinya kita akan baca dulu label nutrien dan juga tarikh luiput sesuatu barang.



Betul tak?



Sama juga dengan suplemen, kita digalakkan baca dulu label nutrien terlebih dahulu.







Tips 1: Ketulenan (Purity)



Ketulenan di sini bermaksud kapsul minyak ikan BEBAS MERKURI dan logam berat (arsenik, kadmium dan plumbum), dioksin, PCB dan furans.



Kupasan mengenai bahaya memakan ikan bermerkuri telah saya bincangkan dalam entry sebelum ini.



Tiada Bau Hanyir Ikan



Minyak ikan omega-3 yang terbaik tak ada bau ikan. Macam mana nak tau? Lihat label atau kunyah kapsul, ada tak bau ikan? Suplemen minyak ikan yang berkualiti tiada bau ikan.

atau

adakah minyak ikan ada bau lemon atau bau tengik?

Jika ada, suplemen yang anda beli adalah tidak tulen. Lepas makan kapsul minyak ikan, ada tak sendawa bau hanyir ikan?

Jika ada suplemen yang anda beli itu adalah suplemen low quality. 

Tiada Lemak Trans dan Pengoksidaan



Minyak ikan omega-3 yang terbaik adalah jaminan pembentukan lemak trans dan pengurangan pengoksidaan. Pengoksidaan boleh berlaku dalam suplemen minyak ikan dan boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia.

Tahukah anda?

Suplemen atau bahan kosmetik yang dicemari merkuri boleh menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan dan sistem saraf manusia.



Perbezaan Shaklee: OmegaGuard berpotensi ultratulen dan dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk menyingkirkan bahan-bahan bertoksik seperti merkuri.



Tips 2: Jenis-jenis Ikan yang Digunakan



Bagi kebiasaannya orang yang membeli minyak ikan pasti anda pernah lihat label suplemen yang ditulis Fish Liver Oil, Fish Oil atau Omega-3 Fish Oil?



Kadang-kadang confuse juga nak beli kan?



Apa perbezaannya?



no shark in fish oil supplement



Ikan adalah haiwan marin yang boleh menyerap merkuri di dalam badan. Semakin lama jangka hayat ikan, makin lama merkuri terkumpul di dalam badan. Atas faktor kesihatan, elakkan membeli suplemen yang dibuat dari ikan kod, jerung ataupun hati ikan kod.



Tahukah anda? Hati adalah tempat penggumpulan dan penyingkiran bahan-bahan toksik.



Minyak Ikan Terbaik Dibuat dari Ikan-ikan Kecil



Minyak ikan yang selamat dimakan adalah yang diperbuat dari ikan-ikan kecil laut sejuk (small cold-water fish) seperti ikan anchovy, hoki, whiting, pollock, menhaden, makarel dan sardin. Hmm.. Tahu tak kenapa?



Ikan-ikan kecil ini mempunyai kadar merkuri yang rendah kerana kadar hidup yang singkat.  Ikan yang boleh hidup lama dan bersaiz besar lebih banyak menyimpan bahan toksin berbahaya (merkuri) seperti ikan yu. Ikan yu adalah sejenis ikan pemangsa.



Ikan pemangsa akan makan ikan-ikan kecil dan lama kelamaan merkuri dari ikan kecil turut berkumpul dalam badan ikan pemangsa. Oleh itu, elakkan membeli minyak ikan yang tertulis minyak ikan jerung atau ikan kod.



Tips: Beli minyak ikan dari ekstrak ikan-ikan kecil laut sejuk (small cold-water fish)



Perbezaan Shaklee: OmegaGuard diekstrak dari ikan kecil laut air sejuk dari laut dalam perairan Jepun seperti sardin, makarel, herring dan anchovies.



 



Tips 3: Beli Minyak Ikan Bergred Farmaseutikal



Lihat label suplemen, adakah tertulis multistep molecular distillation. Adakah satu kali, dua kali atau 3 kali?



Minyak ikan bergred farmaseutikal melibatkan banyak proses berkali-kali. Proses ini akan memekatkan lagi minyak ikan, lebih tulen, bebas bahan logam dan toksin dan tentunya lebih mahal.



Minyak ikan terbaik adalah bergred farmaseutikal dan disingkirkan bahan cemar (merkuri, plumbum) dengan tiga atau lebih proses penyulingan.



Minyak ikan yang disuling secara molekul dikatakan paling tulen dan selamat kerana pemprosesan yang menyingkirkan hampir semua bahan cemar dan toksin dari minyak ikan.



Satu syarikat pembuat dikatakan menghasilkan minyak ikan paling tulen bergred farmaseutikal kerana dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul. Proses penyulingan berkali-kali ini memekatkan asid lemak omega-3 dan menyingkirkan bahan cemar dan toksin seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.



Perbezaan Shaklee: Minyak ikan OmegaGuard menggunakan kaedah ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal. Proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 paling tulen dan semulajadi.



 



Tips 4: Kepekatan Omega-3



Tips memilih minyak ikan yang ketiga adalah Kepekatan Omega-3 di dalam setiap kapsul. Kapsul yang besar tidak semestinya mempunyai kandungan yang banyak. Kapsul yang besar sangat pun, naik takut juga nak telan tau!



Kita membeli minyak ikan kerana kebaikan omega-3 yang terdapat di dalamnya terutamanya DHA dan EPA.



Minyak ikan tidak semestinya mempunyai omega-3. Minyak ikan tidak sama dengan omega-3.



Keliru?



Sepertimana susu mengandungi kalsium, minyak ikan mengandungi omega-3.



Kebanyakan produk suplemen minyak ikan di pasaran mempunyai kepekatan omega-3 yang rendah.



Pastikan anda membeli minyak ikan yang mengandungi kepekatan yang tinggi iaitu lebih 85 peratus asid lemak omega-3. Selain pastikan minyak ikan yang anda beli tiada lemak trans, omega-6.



Perbezaan Shaklee: OmegaGuard mempunyai kepekatan asid lemak omega-3 tinggi lebih 95 peratus asid lemak omega-3.



Jika suplemen yang anda beli tiada tertulis seperti apa yang saya katakan ini, move on to another brand!



Ada tiga lagi tips memilih minyak ikan yang akan saya kongsikan. Nantikan entry akan datang pada siri 2.



Saya berhenti setakat ini dahulu ya.



Rest kejap.



Naik juling dah mata ni. Hee...



Makan Carotomax dulu yuk!



Rujukan :
ncbi.nlm.nih.gov
livestrong

No comments:

Post a Comment