Wednesday 29 January 2014

Alfalfa dan ESP Merangsang Pengeluaran Susu Ibu

Assalamualaikum



[caption id="" align="aligncenter" width="1024"]breastfeeding Photo by Chris Alban Hansen [/caption]

Setiap ibu pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak dari setiap sudut terutamanya mengenai kesihatan anak-anak. Kesihatan anak-anak harus bermula dari si ibu itu sendiri. Ibu perlu mengamalkan pemakanan diet seimbang, tapi bukan makan untuk dua orang tau. Wanita sejak dari anak kecil, menjadi anak dara, menjadi wanita dan seterusnya berubah fasa menjadi seorang ibu memerlukan diet yang seimbang dan cukup keperluan nutrien. Dr. Oz mengesyorkan 4 jenis vitamin yang perlu diambil oleh wanita iaitu multivitamin, vitamin D, kalsium, minyak ikan dan asid folik. (Credit:DrOz)



Jika anda sedang merancang untuk hamil, anda digalakkan bersedia seawal 3 bulan dengan mengamalkan asid folik untuk mengelakkan spina bifida pada bayi dalam kandungan. Saya syorkan anda amalkan B-complex yang mengandungi folate (asid folik) untuk persediaan kehamilan dan semasa kehamilan. Malahan, wanita yang belum berkahwin atau sudah berkahwin, merancang anak atau tidak, digalakkan mengambil folate (asid folik) dalam diet seharian untuk kesihatan. Kadang-kadang, wanita berkahwin, hamil tanpa dirancang. Tidakkah ini merisikokan bayi dalam kandungan? Jadi, dinasihatkan untuk mengamalkan suplemen untuk kesihatan optimum.



Alfalfa dan ESP Rangsang Pengeluaran Susu Ibu



shaklee

Ketidakupayaan memberikan susu badan kepada anak yang baru dilahiran memberi tekanan kepada si ibu terutamanya ibu yang melahirkan anak sulung. Anak adalah anugerah yang terindah yang sukar untuk kita dapatkannya. Impian untuk menyusu anak begitu menggunung tetapi apakan daya si ibu tidak berupaya mengeluarkan susu badan atau mungkin susu terlalu sedikit. Kecewa? Tentulah kan ? Susu ibu adalah susu terbaik di dunia. 



ESP Shaklee



Kandungan utama susu badan ibu adalah protein. ESP mengandungi isoflavones yang membantu merangsang pengeluaran susu badan ibu. ESP kaya dengan protein kerana dihasilkan dengan kacang soya yang bermutu tinggi dan diproses secara semulajadi. Kandungan protein yang terdapat dalam ESP dapat memberikan nutrisi yang seimbang kepada ibu yang menyusukan.



Antara kebaikan lain yang boleh ibu perolehi daripada ESP ialah



  • Membantu mengurangkan garis penuaan

  • Bertindak sebagai pelembap semulajadi

  • ESP mengandungi kalsium yang juga dapat membantu menguatkan tulang ibu, dan juga bayi (melalui penyusuan)

  • Memberi tenaga



Alfalfa Complex



Sejak dahulu lagi, Alfalfa dipercayai dapat membantu merangsang pengeluaran susu badan ibu. Ini kerana tumbuhan Alfalfa sangat kaya dengan kandungan protein, kalsium, dan klorofil.




Set Budget Menyusu ini yang terdiri dari ESP dan Alfalfa ini membantu membekalkan keperluan nutrisi kepada ibu supaya ibu cepat recover dan sentiasa rasa cergas walaupun terpaksa berjaga malam. Suplemen ini bukan untuk memperbanyakkan susu ibu tapi membantu ibu untuk mengeluarkan susu dengan banyak dengan konsep 'demand and supply'. Bila ibu cukup keperluan nutrisi, badan akan jadi sihat dan cergas, dan pengeluaran susu pun akan menjadi lebih lancar dan anak tak perlu risau jika badan menjadi lesu dan tidak bermaya.






Selain itu, apa lagi ESP dan Alfalfa boleh bantu?




Antara kesan sampingan lain yang membuatkan anda dan suami pasti teruja ialah




  1. Badan rasa segar, kurang penat.

  2. Jarang sakit seperti demam, selsema, batuk, migrain, gastrik dan macam-macam lagi

  3. Wajah dengan mood yang ceria. Kulit halus dan kesan jerawat makin pudar.

  4. Stretch mark di perut atau bahagian badan makin pudar. (Credit)




Macam dapat BONUS pula kan? Badan dah bertenaga. Kulit pun turut terasa kesannya. Kulit makin cantik, parut makin pudar. Siapa yang tak suka kan? Suami pun confirm lagi suka kan setelah mengamalkan Set Penyusuan Shaklee ni. Tak percaya? Lihat testimoni ini




Sebelum ada bercadang untuk mengamalkan Set Penyusuan Shaklee, saya nasihatkan anda menyelidik dulu punca kekurangan susu badan macam Dilla Jalil ni.




Tonton keluhan Dilla Jalil yang mempunyai masalah kepenatan dengan bebanan di tempat kerja ditambah pula dengan kerja rumah yang berlambak-lambak sampaikan nak menyusu anak pun rasa kurag bertenaga. Suami tak nak tolong ke?






Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.



Bagi yang tercari suplemen untuk rangsang pengeluaran susu ibu bolehlah hubungi saya.




Credit

Thursday 23 January 2014

ESP Shaklee Terlaris di Pasaran

ESP Shaklee Produk Paling Laris



 esp shaklee



Ada apa dengan ESP Shaklee hingga menyebabkan ia produk paling laris di Shaklee?



Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya dinamakan ESP Soy Protein Isolate Powder. Pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.



ESP Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat mendalam dan konprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.



Perbezaan Shaklee dengan Jenama Lain di Pasaran



Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP Shaklee) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya dan memberikan tenaga yang berpanjangan dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak. Sebab itulah, ada pengguna yang berpuas hati hati dengan ESP yang membantu MEMUDARKAN PARUT JERAWAT. Ehh..kulit dah licin ^___^



Protein soya non-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya hingga kepada pengeluarannya. Istimewakan? Haa..macam tu sekali Shaklee menjaga kualiti produk.



Apakah Maksud Soya non-GMO?



Secara ringkasnya, ESP soya dihasilkan dari sumber kacang soya bebas diubahsuai secara genetik. Tahukah anda bahaya sumber makanan yang telah diubahsuai genetiknya? Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Nanti saya ulas mengenai isu ini. Follow blog saya ok?



Ada Apa Lagi dengan ESP?



ESP Shaklee merupakan satu satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ya, badan kita tak mampu untuk asid amino, jadi kita perlukan sumber makanan yang ada asid amino seperti soya.



ESP turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ESP Shaklee sangat sesuai untuk semua peringkat umur samada tua atau muda.



Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.



Tahukah Anda Apa Itu Indeks Glisemik (G.I)?

Tuesday 21 January 2014

Profil Herba: Alfalfa

Profil Herba: Alfalfa



[caption id="" align="aligncenter" width="400"]alfalfa shaklee plant Alfalfa Plant[/caption]

Nama Botani - Medicago Sativa
Family - Papilioaceae
Description - A leguminous herb that grows upto 50cm.
The plant consist of green leaves and purplish flowers.
Nicknames - "King of Kings" of Plants & "Father of all foods".
Other Names - Lucerne, Chilean clover and buffalo grass.
Native - Europe.

Perkataan "alfalfa" berasal dari frasa Arab, al-fac-facah yang bermaksud "Raja Tumbuhan".

Kenapa digelar Raja Tumbuhan?



Alfalfa mengandungi nutrien yang banyak. Sistem akarnya yang boleh mengunjur sedalam 6 meter ke bawah dan mampu menyerap zat dan mineral daripada mendapan di bawah tanah. Daun alfalfa mengumpul klorofil yang 4x lebih baik dari klorofil sayuran hijau lain.

Sejarah Kegunaan Alfalfa



Masyarakat Cina telah lama menggunakan Alfalfa sebagai rawatan tradisional untuk meningkatkan selera makan dan melegakan ulser.

Perubatan Ayurvedic India pula menggunakan daun alfalfa untuk melegakan 'water retention', artritis (penyakit sendi) dan ulser.

Colonial Americans pula menggunakan tumbuhan ini untuk penyakit skurvi, masalah haid, artritis dan masalah urinary.

Native Americans pula menggunakan biji untuk memekatkan pes dan sebagai nutrien tambahan. Alfalfa juga dijadikan bahan asas untuk semua tonik. Biji alfalfa juga dikisar untuk melegakan gigitan serangga. Ibu menyusu juga menggunakan daun yang dipercayai untuk menambahkan susu badan.

Kebaikan Alfalfa yang Perlu anda Tahu



Fakta Nutrisi Alfalfa



Alfalfa (Meticago sativa) dikenali sebagai tumbuhan yang mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Alfalfa kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium, klorofil, karotin, zat besi, fosforus, dan magnesium.

Vitamin yang terkandung dalam alfalfa adalah vitamin A, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niacin (vitamin B3), vitamin B5, vitamin B6, vitamin C, vitamin K dan asid folik. Kandungan mineralnya pula adalah kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, dan zink.

1001 Kebaikan Alfalfa untuk Kesihatan




  1. Mengawal Kandungan Kolesterol dalam Darah
    Alfalfa bermanfaat mengendalikan kolesterol darah dengan membantu mengawal kolesterol jahat dalam darah dengan mengeluarkannya terus dari badan. Jadi, paras kolesterol dalam badan kita terkawal  dan secara tidak langsung membantu mengawal risiko peyakit jantung dan strok.

Thursday 16 January 2014

Testimoni Alfalfa Complex

Testimoni Alfalfa Complex



Saya gembira dengan perubahan pada diri saya setelah mengamalkan Alfalfa Complex. Apa kata pengguna-pengguna Alfalfa Complex yang membantu merawat pelbagai masalah kesihatan diri mereka.

Alfalfa merapatkan Keintiman



alfalfa complex

Alfalfa mengurangkan Masalah Keputihan



alfalfa shaklee

Alfalfa mengurangkan Nafas Berbau



Alfalfa shaklee

Alfalfa sebagai 'Milk Booster'



Alfalfa shaklee

Alfalfa mengurangkan Sakit-sakit Sendi



alfalfa shaklee

Alfalfa mengurangkan Alahan/Alergik



Alfalfa shaklee

Credit

Jika anda ingin menfapatkan manfaat dan pengalaman seperti mereka, dapatkan Alfalfa Complex dengan SEGERA. Terbaik hanya dengan SHAKLEE.



SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN

Thursday 9 January 2014

Vitamin E dan Alfalfa untuk Keintiman Suami Isteri







Entry sebelum ini saya ada menyentuh mengenai masalah keputihan. Sudah baca? Klik sini untuk membaca entry tersebut.

Hari ini saya nak bercerita mengenai keintiman wanita. Wanita? Hurm.. sebagai wanita kita perlu jaga dari setiap sudut luaran mahupun dalam, rohani dan jasmani jika ingin menjadi superwomen yang hebat. Siapa yang tak nak jadi ibu yang hebat, isteri yang hebat dan anak yang hebat kan?

Bila sebut bab KEINTIMAN ramai yang teruja bukan?

Dalam menjaga keharmonian rumah tangga, bab keintiman ini jangan dipinggirkan walau sesibuk mana kita menguruskan hal-hal rumah tangga. Jadi, kali ini saya ingin memperkenalkan suplemen Alfalfa Complex dan Vitamin E untuk keintiman rumah tangga.

Baca dulu apa kata Puan Hadha,
Isteri jangan lupa jadi isteri

Kawan-kawan tahu kan bahawa Alfalfa yang kawan-kawan makan untuk tujuan membanyakkan susu tu juga boleh merawat masalah keputihan pada wanita?..Alfalfa ni mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.

Menarik kan?

Bagaimana pula dengan Vitamin E?


Ehem.. ehem..Vitamin E ni pula selain daripada untuk mencantikkan kulit, antioksidan dan memanaskan badan (bagi yang mengalami lenguh-lenguh sendi ; Vitamin E juga adalah vitamin yang berkaitan dengan intimacy!..vitamin E to stimulate the production of sex hormones, thus leading to a healthier sex life...
ni pengalaman Pn Dilla dlm bab2 keintiman ni...kata beliau..>>Semenjak mama mengamalkan alfalfa, masalah keputihan mmg kurang. Ini kerana..terus terang mama cerita..baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi lebih mesra. Bila baba dah puji, mama seronoklah..heheeee. Mama terasa diri mama begitu bersih, lagi satu nak solat pun senang..tidak perlu risau<<
Credit

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Dah tahu rahsia serba sedikit mengenai Vitamin E. Vitamin E juga dikenali sebagai VITAMIN CINTA. Selain dapat mencantikkan kulit dan awet muda, sekiranya anda, suami isteri sudah tidak 'bermaya' dan 'malas' melayan kehendak masing-masing, In sha Allah Vitamin E membantu hubungan suami isteri. Hangatkan 'kasih sayang' dengan Vitamin E.