Tuesday, 16 December 2014

Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik

vitamin photo

Banyak syarikat yang mendakwa produk kesihatan mereka yang paling berkesan, semulajadi dan selamat untuk dimakan. Tahukah anda produk kesihatan seperti suplemen vitamin dan mineral ada dua jenis di pasaran?



Terdapat dua jenis vitamin di pasaran iaitu vitamin semulajadi dan vitamin sintetik.



Apakah Vitamin Semulajadi?



vitamin photo

Umumnya, vitamin semulajadi boleh didapati dari sumber semulajadi seperti tumbuhan dan haiwan. Kita boleh mendapatkan sumber vitamin dan mineral sama ada secara mentah atau memasak makanan sebelum dimakan.



Sebagai contoh, untuk menghasilkan suplemen vitamin C, asid askorbik diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C seperti oren, buah kiwi, strawberry, cili merah, kobis dan kale.



Vitamin semulajadi juga boleh didapati dalam bentuk lain seperti tablet, kapsul atau serbuk. Proses pengekstrakan vitamin dan mineral juga diambil dari sumber semulajadi.



Dalam entri ini, saya akan kongsikan mengenai perbezaan di antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik.



Apakah Vitamin Sintetik?



[caption id="" align="alignleft" width="315"]synthetic vitamin photo Photo by stevendepolo [/caption]

Vitamin sintetik adalah vitamin bukan semulajadi yang dihasilkan dari proses kimia yang mempunyai ciri-ciri palsu seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin semulajadi.



Sebagai contoh,  asid askorbik atau vitamin C sintetik dihasilkan melalui gabungan bahan-bahan yang mengandungi karbon, oksigen, dan hidrogen dan digabungkan sehingga membentuk bahan yang mempunyai formula C6H8O6.









Perbezaan Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik



Ramai yang masih keliru  di antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Apatah lagi apabila membandingkan produk suplemen vitamin di pasaran. Kadang-kadang saya pun keliru dengan label produk suplemen yang susah difahami kebanyakkan orang. InsyaAllah melalui pengkongsian di blog vitamin2u ini, saya akan kongsikan panduan memilih vitamin yang TERBAIK untuk kesihatan diri dan keluarga.



Vitamin Sintetik



Sesetengah peengilang komersial memasukkan sintetik ke dalam suplemen untuk meningkatkan keberkesanan produk vitamin.



Tahukah anda? Kebanyakkan bahan sintetik dihasilkan daripada coal tar - iaitu karsinogen yang dijumpai pada rokok. Vitamin B1 sintetik dihasilkan dari tar jalan, asid hidroklorik atau acetonitrole dan ammonia.



Oleh kerana itu, kita digalakkan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa suplemen.



Organisasi Pengguna Organik (OCO) menyatakan vitamin yang diasingkan tidak boleh diguna atau dikenalpasti oleh badan kita sepertimana vitamin semulajadi. Ini akan memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang pada kesihatan tubuh badan akibat ketidakstabilan bahan-bahan dan tindakbalas kimia.



Vitamin sintetik juga kurang efektik berbanding vitamin semulajadi kerana kehilangan komponen sinergi semulajadi seperti pengaktif mineral, kofaktor, enzim dan kovitamin.



Contohnya, vitamin C sintetik hanya ada asid askorbik semata-mata tanpa ada pemangkin. Pemangkin adalah penting untuk membantu penyerapan vitamin yang optimum. Pemangkin vitamin C adalah bioflavonoid.



Vitamin sintetik mengandungi bahan kimia berbahaya dan dihasilkan dari bahan-bahan yang murah. Oleh sebab itu, jika kita perasan, vitamin semulajadi sedikit mahal berbanding vitamin sintetik. .



Jika membandingkan harga, semestinya ramai yang akan memilih vitamin sintetik walau kesan yang diinginkan tidak begitu efektif.



Selain itu, vitamin sintetik dihasilkan dari bahan-bahan genetically organic organism (GMO) yang dikatakan berbahaya kepada kesihatan manusia. Ini kerana soy protein isolate, kanji jagung, modified food starch dimasukkan ke dalam vitamin sintetik. Tiga bahan ini biasanya adalah GMO terutamanya bagi produk yang dihasilkan di Amerika Syarikat.



Vitamin Semulajadi



Vitamin terdiri dari beberapa komponen seperti enzim, koenzim dan kofaktor yang bekerja bersama-sama untuk menghasilkan kesan-kesan biologi kepada tubuh badan.



Suplemen vitamin semulajadi memberi kesan yang baik kepada tubuh badan berbanding vitamin sintetik kerana masih ada nutrisi-nutrisi penting seperti apa yang ada pada bahan-bahan semulajadi seperti enzim, kofaktor dan kovitamin.



Sebagai contoh adalah vitamin C. Jika kita perhatikan suplemen vitamin C di pasaran, kita dapati kebanyakkan vitamin C tersebut mengandungi asid askorbik atau askorbat. Asid askorbik bukan vitamin C yang sebenar. Asid askorbik yang kononnya kita ingat vitamin C hanyalah komponen luar yang mengelilingi vitamin c complex. Dalam bahasa mudah, asid askorbik yang anda makan itu hanyalah kulit limau. Jadi kita tak dapat manfaat sepenuhnya dari buah oren sebenar.



Vitamin C yang sebenar yang dijumpai dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi komponen berikut:




  • Rutin

  • Bioflavonoid (P vitamin )

  •  K Faktor

  •  J Faktor

  •  P Faktor

  • Tyrosinase

  • Askorbinogen

  • Asid askorbik



Vitamin C dengan kehadiran bioflavonoid meningkatkan penyerapan optimum sebanyak 30%. Vitamin C tanpa bioflavonoid diibaratkan seperti kereta tanpa tayar. Begitu juga dengan vitamin-vitamin lain yang memerlukan pemangkin.



Jadi anda patut mengambil vitamin C semulajadi.



Secara umumnya, produk vitamin semulajadi tidak mendatangkan kesan jangka panjang kerana menggunakan bahan-bahan semulajadi.



Dari segi harganya pula, vitamin semulajadi lebih mahal kerana kos menghasilkan vitamin semulajadi adalah tinggi bagi memastikan keasliannya. Vitamin semulajadi juga tidak menggunakan silica gel dalam produk mereka untuk mengekalkan tahap ketahanan dan mutu vitamin.




Adakah suplemen vitamin anda makan sekarang mengandungi silica gel?






Penyalahgunaan istilah "semualajadi"?



Walaubagaimanapun, istilah "semulajadi"  boleh disalahguna kerana suplemen vitamin yang mengandungi 10% bahan semulajadi boleh dilabel sebagai vitamin semulajadi. Jadi, baki 90% adalah bahan sintetik.



Setakat ini, tiada proses pengesahan yang diperlukan untuk melabel vitamin semulajadi pada suplemen vitamin tambahan.



Oleh itu, banyak syarikat yang memasukkan sedikit vitamin sintetik dan pengawet dalam produk mereka dan mengesahkan vitamin mereka adalah semulajadi. Ini adalah satu bentuk penipuan kepada pengguna. Jadi, produk vitamin semulajadi yang dilabel 'semulajadi' belum tentu semulajadi.



OCO menasihatkan pengguna untuk mencari produk suplemen tambahan yang mengandungi "100% sumber tumbuhan atau "100% sumber haiwan" pada label produk.



Tidak seperti vitamin organik, vitamin oganik perlu melalui prosedur ketat dan proses pengesahan sebelum boleh melabelkan produk mereka adalah produk vitamin organik.



Tips Membaca Label Produk Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik, klik sini



Secara ringkasnya perbezaan vitamin semulajadi vs vitamin sintetik dijelaskan di dalam jadual di bawah.



 [table id=4 /]









Tahukah anda: 95% suplemen di pasaran sekarang terdiri dari vitamin sintetik


Untuk mendapatkan suplemen vitamin semulajadi, saya cadangkan mengambil suplemen dari jenama Shaklee kerana 100% dijamin selamat dan semualajadi. Tiada pengawet, pewarna dan bahan-bahan kimia berbahaya.



 Rujukan:



New England Journal of Medicine. Nov 23, 1995.Vol 333, No 21.
Dr.BenKim
vitaminnutrition
globalhealingcenter
organicconsumer

No comments:

Post a Comment