
Jika anda seorang yang ada latar belakang biokimia, sudah tentu risiko tertipu dengan kandungan makanan tambahan seperti vitamin, produk makanan, kosmetik bertoksik di pasaran dapat dikurangkan. Bagaimana pula dengan antara kita yang bukan ada latar belakang kimia?
Entry kali ini, saya nak kongsikan Panduan Membaca Label Vitamin/Suplemen yang ada di pasaran. Sebagai pengguna, kita mesti tahu panduan membaca label vitamin supaya kita tidak tertipu dengan produk yang mendakwa bahan yang digunakan bebas bahan kimia dan semulajadi..
Melalui entri ini kita akan ketahui kaedah membezakan vitamin semulajadi dan sintetik, keyword penting yang perlu kita tahu dan cara membaca label kandungan nutrisi.
6 Tips Mengenalpasti Kandungan Nutrisi pada Label Botol Vitamin
Tips 1 Semulajadi atau 100% Semulajadi?
Banyak syarikat yang melabel produk mereka "100% natural", "Food Base", “All natural” atau “Organic”. Ada sesetengah syarikat juga sebenarnya tidak tahu guna dan menyalahguna term tersebut.
Walaupun ada produk yang melabel "All Natural", produk itu sebenarnya mungkin juga ada kandungan vitamin sintetik. Ini kerana term 'natural' boleh digunapakai walaupun hanya ada 10% bahan semulajadi di dalam sesuatu vitamin.
Organisasi Pengguna Organik (OCO) mencadangkan untuk mencari produk vitamin/suplemen yang ada label "100 percent plant-based" atau "100 percent animal-based".
Jika kita tidak yakin, kita boleh lihat pada RDA (Recommended Dietary Allowances). Sekiranya potensi sesuatu produk itu terlalu tinggi dan tak masuk akal jika dibandingkan dengan semulajadi, produk tersebut kemungkinan ada vitamin sintetik.
Contohnya:
1000% Daily Recommended Allowance of Vitamin C per serving.
Nampak sangat menipu kan? Superior sangat vitamin C ni. :p
Melihat pada RDA sesuatu produk boleh menyelamatkan nyawa kita walaupun pengeluar mendakwa macam-macam mengenai produk mereka sama ada 'natural' atau tidak.
Tips 2 Apakah Sumber Makanan?
Cari senarai "sumber makanan" pada label produk. Jika label produk tidak menyenaraikan sumber makanan, terus pangkah je produk tersebut kerana produk tersebut adalah vitamin sintetik.
Cari produk vitamin yang ada tulis sumber makanan seperti ikan, sayura-sayuran dan citrus.
Tips 3 - Kenalpasti Semua Makanan
Kenalpasti semua makanan (whole food) pada senarai kandungan berbanding hanya pada satu nutrisi sahaja.
Seorang pakar kiropraktik dan akupunktur, Dr. Ben Kim memberi tips mengenalpasti kandungan bahan sintetik dalam vitamin/suplemen.
Dr. Ben Kim memberitahu, lihat kandungan makanan yang tersenarai sama ada mengandungi vitamin tertentu. Sebagai contoh, pada label vitamin C tersenarai "serbuk ceri acerola" yang kita tahu tinggi kandungan vitamin C.
Jika kita lihat pada label produk vitamin hanya tertulis "Vitamin C" sahaja, Dr. Ben Kim memberi jaminan bahawa produk vitamin tersebut adalah vitamin sintetik.
Lepas ni, kena ingat baliklah apa cikgu sains ajar dulu. Vitamin K dari sumber apa? Vitamin C dari sumber apa? Kekurangan vitamin apa pula ye?
Tips 4 - Aditif Makanan
Lihat sebarang kehadiran bentuk garam pada label produk. Garam adalah bahan penstabil/pengawet yang dimasukkan dalam vitamin sintetik untuk mengelakkan rasa masam dan tengik dan meningkatkan kestabilan vitamin dan mineral. Antara jenis garam yang kita patut elakkan adalah asetat, klorida, hidroklorida, nitrat, bitartrate, gluconate dan succinate.
Tips 5 Keyword
Selain itu, kita juga mesti tahu "keyword" penting bagi membezakan vitamin sintetik dengan vitamin semulajadi. Perkataan yang berakhir dengan "ide" atau "ate" menunjukkan produk tersebut mengandungi garam.
Sebagai contoh, jika ada perkataan klorida, hidroklorida, asetat atau nitrat pada label kandungan, pengilang menggunakan bahan sintetik dalam produk. So, don't buy!
Perkataan "dl" yang ada sebelum nama sesuatu bahan juga menunjukkan produk tersebut sintetik.
Sebagai contoh, jika label produk ada kandungan "palmitate". Ia adalah suplemen vitamin A sintetik
Sebenarnya, banyak lagi contoh senarai kandungan bahan sintetik dalam produk vitamin sintetik yang anda boleh rujuk di sini.
Tips 6 Diperbuat Oleh atau Diperbuat Untuk...?
Adakah kita perasan setiap label produk makanan tambahan, minuman, susu tepung dan lain-lain produk di pasaran ditulis Diperbuat oleh (Manufactured by..) atau Diperbuat untuk (Manufactured for...)?
Dua perkataan tersebut membawakan maksud yang berbeza.
Apabila sesebuah syarikat menyerahkan pemprosesan kepada syarikat lain, syarikat tersebut kehilangan hak kawalan terhadap bagaimana sesuatu produk dihasilkan. Bahan toksik mungkin ada dimasukkan oleh pihak pemprosesan atau mencuri-curi masuk bahan murah untuk menjimatkan kos.
Nasihat saya, pilihlah syarikat produk vitamin yang memproses sendiri produknya dan dibuat ujian klinikal.
Senarai Vitamin Sintetik Yang Perlu Anda Elak
Vitamin A: Acetate and Palmitate
Vitamin B1 (Thiamine): Thiamine Mononitrate, Thiamine Hydrochloride
Vitamin B2 (Riboflavin): Riboflavin
Pantothenic Acid: Calcium D-Pantothenate
Vitamin B6 (Pyridoxine): Pyridoxine Hydrochloride
Vitamin B12: Cobalamin
PABA (Para-aminobenzoic Acid): Aminobenzoic Acid
Folic Acid: Pteroylglutamic Acid
Choline: Choline Chloride, Choline Bitartrate
Biotin: d-Biotin
Vitamin C (Ascorbic Acid): Ascorbic Acid
Vitamin D: Irradiated Ergosteral, Calciferol
Vitamin E: dl-alpha tocopherol, dl-alpha tocopherol acetate or succinate
Klik sini untuk lihat senarai penuh bahan sintetik yang terdapat dalam kebanyakan vitamin sintetik.
Nota: Panduan Membaca Label Vitamin ini juga boleh digunapakai untuk produk makanan, minuman dan kosmetik yang ada di pasaran.
Semoga pengkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Kongsikan artikal ini jika bermanfaat. :)
Nazifa
Shaklee Independent Distributor 917327
Sg. Petani, Kedah
Whatapps | SMS 013-9330097
Email: order@vitamin2u.com
Website: www.vitamin2u.com
Facebook: Vitamin2u Shoppe
Rujukan:
Dr.BenKim
vitaminnutrition
globalhealingcenter
organicconsumer
foodmatters
No comments:
Post a Comment