Monday 30 March 2015

10 Makanan Cegah Rambut Gugur

tip cegah rambut gugur



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,



Rambut adalah Mahkota Wanita. Bagi muslimah, walaupun bertudung, penjagaan rambut perlu dititikberatkan untuk elakkan rambut gugur, kusam dan rapuh.



Ramai yang ambil kisah mengenai masalah rambut wanita sedangkan lelaki juga mengalami masalah keguguran rambut yang sama seperti wanita.



Bila rambut isteri gugur dan makin menipis terus ditegur. Rambut lelaki yang semakin botak, buat relax pula ye. Sebagai wanita, kami pun tak nak lihat rambut si suami yang semakin botak. Tapi, saya tidak menolak kemungkinan ada juga wanita yang sukakan lelaki kepala botak. Betul ke?





Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo



Rambut yang sihat dan kuat melibatkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Banyakkan makan makanan yang dapat mencegah keguguran rambut seperti yang akan saya kongsikan pada entry kali ini.



Mengapa Rambut Gugur?



Keguguran rambut biasanya paling ketara berlaku kepada wanita selepas bersalin. Namun begitu, keguguran rambut juga akan berlaku kepada remaja dan orang dewasa yang kurang penjagaan rambut, banyak menggunakan bahan kimia pada rambut, diet yang tidak seimbang, tekanan, mereka yang menjalani pembedahan besar dan jangkitan penyakit.



Bagi mencegah keguguran rambut, anda perlu mengenali punca keguguran rambut sebelum mencari rawatan masalah rambut gugur.



Menurut pakar nutrien New York yang juga penulis buku ‘The Beauty Diet’, Lisa Drayer,




“Sama seperti bahagian badan yang lain, untuk mendapatkan rambut yang kuat bergantung kepada diet seimbang.”




10 Makanan Cegah Rambut Gugur



 1. Telur Dan Daging Ayam



Protein adalah sahabat baik rambut. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.



Telur kaya dengan empat kandungan mineral iaitu zink, selenium, sulfur, dan besi. Penyumbang terbesar kepada keguguran rambut adalah disebabkan oleh kekurangan besi dalam badan. Besi sangat penting kerana ia membantu sel-sel membawa oksigen ke folikel rambut.



2. Gandum



Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh  mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur.



3. Buah kering dan kekacang



Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.



Walnut contohnya mempunyai tembaga yang merupakan mineral yang mampu mengekalkan warna asli rambut dan berkilat. Ia juga kaya dengan biotin dan vitamin E yang mana membantu melindungi rambut daripada gugur dek kerana terdedah dengan cahaya matahari.



4. Tauge



Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.



5. Sayuran Hijau



Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.



Kandungan besi, beta karotena, folat dan vitamin C dalam bayam menjaga folikel rambut yang sihat dan menyah minyak dari kulit kepala.



6. Buah-buahan Segar



Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.



7. Makanan Laut



Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.



 8. Salmon



Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.



 9. Kunyit dan jintan



Merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.



10. Air Masak



Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.



Selain itu, amalkan juga suplemen tambahan untuk menampung kekurangan vitamin dan mineral bagi mendapatkan rambut yang lebat, kuat dan bersinar. Sihat dalaman serlah kecantikkan luaran.



[caption id="attachment_1404" align="aligncenter" width="640"]rawatan rambut gugur dan rambut nipis Set Rawatan Rambut Gugur[/caption]

 Apa tunggu lagi, order sekarang juga!



order vitamin shaklee, pengedar shaklee utara



atau hubungi saya, Nazifa SMS/Whatapps: 013-9330097 atau email ke order@vitamin2u.com atau PM kami di facebook.



Share Itu Prihatin



Kongsikan artikel 10 Makanan Cegah Rambut Gugur ini di media sosial anda. Kongsikan info menarik ini bersama dengan rakan-rakan dan saudara-mara yang mempunyai masalah rambut gugur.

No comments:

Post a Comment