Tuesday, 3 March 2015

Penyakit Tekanan Darah Tinggi Pembunuh Senyap

darah tinggi



Sudahkah anda mengukur tekanan darah anda hari ini?



Jika tidak lakukan dengan segera kerana penyakit tekanan darah tinggi adalah pembunuh senyap nombor 1 di kalangan rakyat Malaysia. Bilangan pesakit tekanan darah tinggi semakin meningkat setiap tahun.



Definisi Penyakit Tekanan Darah Tinggi



Penyakit darah tinggi atau hipertensi bermaksud saluran darah akan menjadi



sempit dan sesak. Keadaan ini akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu.



Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.



Jantung terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi. Kesian kat jantung kena kerja kuat L



Bacaan Tekanan Darah



Tekanan darah mempunyai dua bacaan iaitu tekanan darah sistolik dan diastolik.



Tekanan darah optimum sistolik adalah 140 milimeter Merkuri (mmHg) ke bawah, sementara diastolik pada 90 mmHg ke bawah (120/80 mmHg ke bawah).



Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).



Kompilasi Tekanan Darah Tinggi



Penyakit darah tinggi tidak boleh dipandang ringan kerana penyakit ini boleh menyebabkan banyak kompilasi antaranya kerosakan buah pinggang, jantung, otak dan mata.



Kesemua ini akan berlaku kepada pengidap tekanan darah tinggi jika tidak dikesan seawal mungkin.



Tekanan darah yang tidak dikawal lama-kelamaan jantung menjadi tebal dan semakin besar, serangan jantung dan strok.



Cegahlah penyakit tekanan tinggi dengan amalan hidup sihat. Mereka yang berumur 30 tahun ke atas berisiko diserang penyakit tekanan darah tinggi. Kegemukan, penggunaan garam berlebihan dan lemak berlebihan juga berisiko untuk mendapat darah tinggi.



Implikasi buah pinggang yang rosak akan menurunkan kualiti hidup pesakit kerana terpaksa bergantung rawatan dialisis seminggu tiga kali. Kos rawatan dialisis buah pinggang pun mahal.



Penyakit darah tinggi boleh dielak jika kita mengambil pencegahan awal. Jalani pemeriksaan tekanan darah sekerap mungkin supaya pengesanan awal dapat dilakukan. Pengesanan awal mungkin boleh mengurangkan impikasi akibat penyakit tekanan darah tinggi.



FAQ: Saya sudah ada darah tinggi, bagaimana saya ingin mengawalnya?



Dengarkan abang ini yang mempunyai darah tinggi. Dia transform dirinya apabila memikirkan anak-anak dan isteri yang masih perlukan perhatian.



 



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo



Sedih tak dengar? Isteri-isteri pun perlu main peranan mengawal apa yang suami makan. Jangan sampai bangun pagi, sedar-sedar suami tak bernyawa lagi. Sedih!



Cara Turun Tekanan Darah Tinggi



Ada banyak cara untuk turunkan tekanan darah tinggi. Salah satunya dengan pengambilan suplemen.





  1. ESP





ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.



2 kajian menunjukkan dengan mengamalkan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL (kolesterol jahat) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung.



4 kajian lain menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol jahat) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung.





  1. CoQHealth





Kandungan CoQ Health adalah koenzim Q10 (CoQ10) yang penting untuk jantung bekerja keras. CoQ10 adalah bahan yang didapati secara semulajadi di dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga.



Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah.



Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan. Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.





  1. Omega Guard





Omega Guard membantu mengekalkan tekanan darah normal, mencegah salur darah daripada tersumbat, mengelakkan strok, mencegah pembekuan darah dalam badan merendahkan kolesterol. Paling best lemak-lemak tepu pun terbakar sekali.





  1. Garlic Complex





Mengawal jangkitan (antibiotik semulajadi), membantu mengekalkan darah normal, menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan selular.



Garlic Complex dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini merupakan antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.





  1. Vivix





Polifenol dengan gabungan resveratrol dalam Vivix boleh membantu merendahkan tekanan darah dan boleh memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan sakit jantung.



ubat darah tinggi



Sumber info: KKM
Sumber imej: www.acunyc.com, idealbite.com

No comments:

Post a Comment