Assalamualaikum
Kurus, kurus, kurus
Siapa yang tak nak kurus kan? Saya pun nak kurus jugak.
Namun kurus tidak semestinya sihat, tetapi saya tidak bermaksud anda mesti gemuk.
Maksud saya di sini anda ingin kurus cantik atau kurus tidak sihat?
Situasi 1
Ehh, lama tak jumpa. Makin kurus. Sakit ke?
Situasi 2
Ehh, lama tak jumpa. Makin kurus. Apa rahsia?
Di antara dua situasi dialog di atas, anda ingin soalan mana yang anda harapkan rakan-rakan atau saudara-mara bertanya?
Kurus sihat atau kurus sebab sakit?
Tepuk dada tanya selera.
Mereka yang melebihi berat badan ideal atau obesiti digalakkan untuk menurunkan berat badan kerana kegemukan lebih banyak mengundang keburukan berbamding kebaikan.
Kegemukan boleh mengundang pelbagai risiko penyakit seperti
Strok
Dyslipidemia
Hipertensi
Osteoarthritis
Diabetes jenis 2
Penyakit jantung
Masalah respiratori dan berdengkur
Sesetengah jenis kanser (endometrial, payudara dan usus)
Bagi mereka yang merancang kehamilan atau sedang bersedia untuk berkahwin, turunkan berat badan ke tahap ideal terlebih dahulu barulah merancang kehamilan. Kegemukan juga adalah antara faktor sukar hamil.
Tempoh untuk Kurus
Semua orang nak kurus dengan cepat. Kalau boleh, hari ini makan pil pelangsingan esok dah nak kurus dah. Mana logik. Anda lupa sesuatu perkara iaitu, tempoh. Untuk kurus, anda memerlukan tempoh tertentu sehingga mencapai berat badan ideal dan tempoh untuk kurus setiap orang tidak sama. Kadar metabolisma dan hormon setiap individu sangat berbeza.
Tidak salah sekiranya anda ingin kurus dengan mengambil pil pelansingan. Jika anda mampu, why not. Jadikan pil pelangsingan sebagai pemangkin untuk anda kurus. Pengambilan pil pelansingan tanpa kawalan diet yang betul juga adalah sia-sia. Bukan salah produk, tetapi disiplin diri anda.
Cara Untuk Kurus Tanpa Pil Pelangsingan
Ramai yang kata agak mustahil untuk kurus tanpa mengambil pil pelangsingan. Sebenarnya tidak mustahil jika anda ada ilmu dan mengamalkan diet yang betul, anda boleh mencapai berat badan ideal.
Berusaha untuk kurus dengan berat ideal tidak susah sebenarnya. Anda hanya perlu berpegang kepada dua kaedah turun temurun ini iaitu
- Pemakanan seimbang
- Senaman secara konsisten
Anda jumpalah beribu-ribu pakar kecergasan di seluruh dunia, 2 perkara inilah yang akan anda dengar. Tiada jalan mudah dan cepat untuk kurus dengan sihat dan anggun.
Pemakanan Seimbang

Ramai yang salah faham mengenai diet. Ramai yang ingat bila diet bererti tidak makan. Tidak makan nasi, tak makan itu, tak makan ini.
Diet seimbang adalah diet yang mengikut dalam piramid makanan. Diet seimbang juga berkaitan dengan kalori. Anda boleh amalkan diet berdasarkan 'healthy eating plate' seperti gambar di atas.
Rendah Kalori
Wanita dan lelaki memerlukan jumlah kalori yang berbeza dalam satu hari. Jika anda sedang berusaha untuk kurus, tinggalkan amalan pemakanan anda sekarang dan ubah kepada pemakanan seimbang. Hanya dengan ubah pola pemakanan anda, anda boleh kurus tanpa senaman dan pil pelangsingan. Percayalah, ianya tidak mustahil.
Ambillah makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkan pengambilan makanan atau minuman manis. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Elakkan makanan makanan ringan terutamanya pada waktu malam. Waktu malam anda tak perlu kalori yang banyak kerana aktiviti dah berkurang. Banyakkan minum air kosong atau air mineral sahaja.
Waktu Makan
Sebaik-baiknya makan 6 kali sehari. Jangan tinggalkan sarapan kerana 'breakfast like a king'.
Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a pauper.
Ambil sarapan antara 7.00 ke 7.30 pagi. Makan pagi antara jam 10.00 pagi ke 11.00 pagi, makan tengahari antara 12.30 tegahari – 1.30 petang), minum petang antara 3.30 – 4.00 petang dan makan malam sebelum maghrib antara jam 6.30-7.30 malam. Macam waktu makan orang kursus kerajaan pula ye! :)
Senaman secara konsisten
Tak ramai yang suka bersenam sedangkan bersenam dapat menyihatkan badan. Ada yang suka mandi sauna untuk mengeluarkan peluh. Mandi sauna tidak salah dan memang boleh membantu berpeluh. Tetapi bersenam meningkatkan ‘heart rate’ dan menjadikan kita berstamina.
Bayangkan anda kena kejar anjing. Agak-agak anda sempat pecut tak menyelamatkan diri dari anjing itu kalau stamina anda tidak cukup kuat.
Jika senaman tidak menyeronokkan buat anda, carilah aktiviti riadah yang lain boleh membuatkan anda aktif dan berpeluh.
Lakukan aktiviti bersenam atau aerobik tiga hingga lima kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari. Dapatkan waktu rehat yang cukup. Amalkan sunnah Nabi iaitu tidur sekejap sebelum waktu Zohor. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup antara 6 hingga 8 jam sehari.
Untuk mempercepatkan hasil anda untuk menjadi kurus dan sihat. Anda boleh amalkan Set Kurus ini. Set kurus ini bukan pil pelangsingan tetapi suplemen yang membantu anda untuk detoks, memecahkan lemak berlebihan dan membina otot-otot.
Untuk kurus anda perlu detoks terlebih dahulu terutamanya usus.
Satu perkara lag, bila anda ada niat untuk kurus anda perlu bersungguh-sungguh dan sediakan 'minda kurus'.
Apa kebenda minda kurus?
Sekalipun anda mampu membeli set kurus terbaik di dunia, anda tidak akan berjaya untuk kurus jika anda tidak set kan ‘minda kurus’.
Minda kurus yang saya saya maksudkan di sini ialah minda untuk kurus. Anda kena tanamkan minda untuk kurus. Kenapa?
Jika anda setkan mida untuk kurus secara semualajadinya fizikal anda akan bersedia untuk kurus juga.
Bayangkan anda akan menjadi bakal pengantin tidak lama lagi. Anda ingin kelihatan kurus dihadapan suami anda dan ingin kelihatan cantik dalam persalinan perkahwinan anda nanti. Bagus, anda ada niat untuk kurus dan cantik depan bakal suami anda.
...dan anda berjaya turunkan berat badan. Pada hari perkahwinan anda, anda kelihatan cantik kerana anda sudah kurus.
Alangkah malangnya, selepas kahwin berat badan anda semakin meningkat kerana anda sudah melupakan niat untuk kurus. Anda hanya niat untuk kurus untuk hari perkahwinan anda. Lagi malang, berat badan anda naik mendadak lebih berat daripada sebelum ini.
Siapa yang rugi sebenarnya?
Wanita berkahwin pun dilema juga bila fikirkan, 'kalau hamil, lepas beranak, body dah tak cantik. Makin gemuk. Alamakkk". Seluar jenas dah ketatlah. Bingung mak yang gemuk lepas bersalin berusaha untuk kurus. Apa dia buat? Nak tahu? Saksikan video ini.
Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo
Teruja tak?
Malulah mak-mak yang lepas bersalin boleh kurus, anda yang belum kahwin, masih anak dara tak kurus-kurus juga. Silalah ikuti panduan yang saya berikan di atas.
Untuk membantu anda detok dan memecahkan lemak dengan berkesan, saya syorkan anda mendapatkan Set Kurus ini yang terbukti membantu anda untuk turunkan berat badan malahan anda akan rasa lebih bertenaga. Set kurus ini hukan sahaja bantu anda untuk turunkan berat badan tetapi juga menjaga kesihatan secara menyeluruh.
[caption id="attachment_1393" align="aligncenter" width="798"]

Kalau nak body macam Jlo dan Kim Kardashian ni. Cubalah Set Kurus ini sekarang juga.
Jika anda mengalami masalah berat badan dan ingin mendapatkan produk Set Kurus ini, hubungi saya, nazifa SMS/Whatapps 013-9330097 atau order@vitamin2u.com atau PM di facebook. Saya akan berikan khidmat nasihat eksklusif kepada pelanggan-pelanggan saya.
Mengapa anda mesti beli Set Kurus Shaklee ini?
Konsep untuk kurus adalah kita perlu detoks dulu supaya senang nak serap vitamin dan mineral. Nyahkan dulu toksin yang banyak dalam badan. Kalau anda tidak detok, sia-sialah anda makan produk kecantikan yang mahal tu. Lakukan detoks dengan herblax untuk usus atau alfalfa untuk detoks seluruh badan.
Lepas detoks, barulah pergi pada proses pecahkan lemak dengan Lecithin atau Omega Guard. Lecithin berfungsi memecahkan lemak dan kolesterol. Jika diambil bersama Omega Guard, asid lemak omega-3 ini akan bantu bakar lemak dan kolesterol disamping meningkatkan perkembangan memori dan minda yang sihat.
Kurus tapi isi lembik tak cantik jugak kan? Bina otot dengan pengambilan ESP atau Cinch untuk mengekalkan otot semasa penurunan berat badan berlaku. Di samping itu, bila umur meningkat metabolisma makin rendah. Cinch membantu meningkatkan metabolisma jadi lebih cepat lemak dibakar.
Nak order sekarang, SMS/Whatapps: 013-9330097 atau pm di facebook kami dengan segera. Anda juga boleh teruskan membuat pembelian online dengan klik banner di bawah. Sebelum itu, daftarlah menjadi ahli terlebih dahulu untuk lebih jimat.
Sekiranya Tips Kurus Tanpa Pil Pelangsingan ini bermanfaat untuk anda, sebarkan di laman sosial anda. :)
Terima kasih.
Sumber: www.celebuzz.com, kimkardashian.top, harvard
No comments:
Post a Comment