Friday 11 September 2015

Apa Itu MLM? Apa Sebenarnya MLM?

multi level marketingBila sebut pasal MLM (Multilevel Marketing) ramai sahaja orang yang sentak seperti dengar pasal insurans. Fobia pun ada. Masing-masing ada pengalaman pahit manis dengan MLM. Betul tak?



Saya pun banyak terjebak dengan MLM tapi sebagai sleeping partner kerana kebaikan produk yang menjadi keutamaan saya. Kadang-kadang saya tak jadi ahli pun tapi saya tetap jadi pengguna sebab kebaikan produk. Tapi kalau dah selalu membeli rugilah tak jadi ahli sebab bila jadi ahli ada diskaun. Rugilah kalau tak daftar.



Satu-satunya MLM yang saya agak aktif sebagai pengguna dan juga sebagai pengedar dalam mempromosi kebaikan produknya adalah Shaklee. Shaklee adalah salah satu syarikat MLM sejak tahun 1956 dan juga syarikat MLM pertama di dunia.



Selain itu, Shaklee juga adalah syarikat MLM yang patuh syariah. MLM ada yang tak patuh syariah juga tau. Jadi selidik dulu bila nak join mana-mana syarikat MLM.



Apa Itu MLM? Apa sebenarnya MLM?



Di Malaysia, banyak syarikat MLM yang menjanjikan duit yang berkepuk-kepuk dalam masa yang singkat sehinggakan ramai yang tergoda dan melabelkan MLM sebagai Skim Cepat Kaya.



MLM adalah Multi-Level Marketing di mana konsep perniagaan adalah berlandaskan pelan pemasaran berbilang tingkat.



Sistem Piramid pula berlandaskan yuran peserta di atas peserta lain. Secara mudahnya, kita bayar yuran ahli kemudian kita perlu cari ahli baru untuk kita dapat hasil atas yuran ahli baru yang dibayar. Nampak tak beza di situ?



MLM bukan bisnes hari ini jadi ahli kemudian goyang kaki tunggu duit berkepuk-kepuk masuk. Semua orang yang join MLM akan melalui fasa-fasa yang susah dengan bermula dari bawah berdasarkan pelan perniagaan yang adil dan tidak menindas. Tiada istilah kita bantu upline jadi kaya.



mlm patuh syariah shaklee



Dalam bisnes Shaklee, siapa yang rajin dialah yang dapat habuan. Malah ada downline yang lebih berjaya dari upline sendiri. Downline pun boleh lintas pangkat upline kalau rajin dan bersungguh-sungguh.



Kenapa Saya Pilih Shaklee?



Saya join Shaklee pertamanya kerana kebaikan produknya. Setelah merasai kebaikan produk saya share pula kebaikan yang saya rasa. Apa yang suka untuk berkongsi kebaikan dan perniagaan Shaklee adalah kerana perniagaan MLM Shaklee seperti perniagaan berjemaah kerana mereka yang terlibat dalam perniagaan Shaklee saling bantu membantu memberi semangat untuk berjaya dalam bisnes Shaklee. Kami di Shaklee bukan sekadar mengejar bonus atau hal duniawi sahaja tetapi di sini saya banyak belajar tentang hal-hal kerohanian. Kalau dapat bonus, bayar zakat dulu. Barulah berkat bisnes kita. Macam-macam ilmu yang saya belajar yang bukan setakat mengenai perniagaan sahaja.



Saya yakin dengan produk Shaklee kerana Shaklee membelanjakan wang sebanyak $300 juta setahun untuk penyelidikan dan pembangunan produk supaya produk yang dihasilkan SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.



Shaklee juga di iktiraf sebagai BEST MLM BRAND dalam produk nutrisi oleh Brand Laureate pada tahun 2014/2015.



Di sini saya kongsikan 3 Tips Memlilih Syarikat MLM yang saya petik dari blog Tuan Zulkifli.



Langkah #1: Kita suka produk dia. Pendek kata, kalau tak jadi ahli pun, memang kita beli. (Self-use)



Langkah #2: Kita kongsikan pada kawan-kawan macam mana produk tu pun boleh bagi manfaat pada mereka. (Retailing)



Langkah #3: Bila dapat income dari no. 2 tadi sebab membantu orang lain dapat manfaat yang sama, bantu pulak kawan-kawan lain yang nak dapat extra income macam kita dengan bantu dia buat no. 1 dan no. 2 dengan betul. (Networking).



Tapi bagaimana pula jika kita keliru. Betul ke tak MLM ni? Menipu ke? Di sini saya sertakan bagaimana menilai MLM samada ianya (1) MLM yang ‘betul’, (2) MLM yang ‘salah’, (3) MLM yang betul tapi dijalankan secara salah, di sini saya senaraikan beberapa amalan yang tak sihat yang perlu sahabat semua awasi iaitu:




  1. Produk tak berapa penting. Jualan peribadi tak diberi perhatian.

  2. Head-hunting. Sebahagian besar gerak kerjanya ialah merekrut downline baru.

  3. Front-loading. Perlukan modal yang besar untuk sertainya (sebab kena beli stok banyak).

  4. Untuk sertainya, anda perlu buat pinjaman disebabkan faktor no. 3 di atas.

  5. Menjanjikan pendapatan tetap. Tak ada bisnes yang boleh jamin ‘fixed income’. Semuanya ada turun naiknya.



Semoga pengkongsian ilmu mengenai MLM banyak membuka minda ada yang masih ragu-ragu.



Shaklee pilihan saya dan seharusnya anda juga harus memilih Shaklee juga untuk kehidupan yang lebih sihat. Nak jadi ahli? Murah je. Hanya RM65.00 sahaja.



Hubungi saya, Nazifa 013-9330097 atau email ke nazifamazni [@] gmail.com



#shaklee #kttshaklee #kelabbloggerjutawan

No comments:

Post a Comment