Thursday 7 May 2015

Senaman Kecilkan Paha dan Montokkon Punggung

senaman cantiikkan punggungRamai wanita mendambakan tubuh badan yang langsing dan seksi. Tiada siapa yang mahukan badan yang gemuk apatah lagi paha sebesar kaki gajah dan punggung yang kelihatan jatuh.



Siapa kata gemuk itu awesome. Gemuk sewaktu kita kecil mungkin ramai yang mengatakan comel. Bila dewasa jika keadaan berterusan ia adalah memalukan bagi sesetengah orang. Lagipun, gemuk adalah sesuatu yang tidak menyihatkan dan akan mengundangkan pelbagai kompilasi penyakit.



Sesetengah orang mempunyai berat badan yang ideal tapi ada part-part bahagian badan lemak berkumpul. Kita sebenarnya tidak dapat mengawal lemak bahagian mana yang ingin dibakar.



Hari ini saya ingin kongsikan senaman untuk mengecilkan paha dan montokkan punggung. Senaman? Boring giler kan asyik-asyik kalau nak kurus mesti bersenam.Kenapa perlu bersenam? Saya pun boring giler bila mengadu badan gemuk, ada suara-suara mengatakan ‘bersenam’! Tetapi sebenarnya senaman adalah satu kuasa untuk melangsingkan badan, mengatasi masalah perut buncit dan membakar lemak berlebihan dengan sihat.



Biasanya masalah paha besar dan punggung makin tak cantik terjadi pada wanita selepas bersalin. Kalau tak pandai jaga badan, suami pandang lain. Serius.





Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.





  1. Senaman Jumping Jack





[caption id="attachment_1473" align="aligncenter" width="300"]lompat bintang www.womenshealthmag.com[/caption]

Senaman jumping jack atau lompat bintang adalah aktiviti melompat membakar kalori lebih banyak daripada berjoging. Ha, apa lagi. Lompat sekarang. Sambil tengok tv pun boleh buat senaman jumping jack ni.



Lakukan 60-100 ulangan.





  1. Squat





[caption id="attachment_1474" align="aligncenter" width="1200"]squat workout squatgirl.com[/caption]

Squat adalah senaman paling efektif untuk mendapatkan punggung idaman bak Beyonce. Senaman ini melibatkan otot quadriceps (peha depan) dan hamstrings (peha belakang). Amalkan senaman rutin ini sebanyak 10 atau 15 kali squat setiap hari untuk kesan punggung yang sempurna dan tidak 'flat'.



Kelebihan senaman squat dapat membantu mengekalkan perut yang kempis, kaki yang berton dan kuat. Tak lama lagi paha anda makin menjarak, tak adalah berjalan nanti paha asyik berselisih je.. Tak percaya? Cubalah dulu. Jimat belanja anda mendapatkan punggung bulat tanpa kos besar dan berisiko tinggi seperti dilakukan selebriti luar negara.



Kalau rasa-rasa nak melawa hari raya nanti, lakukan 30 hari cabaran squat. Hehe..





  1. Wall squat





[caption id="attachment_1475" align="aligncenter" width="268"]wall squat tribesports.com[/caption]

Wall squat adalah senaman yang membantu membentuk paha yang cantik dan bulatkan punggung. Anda hanya perlu duduk bersandar pada dinding. Masa mula-mula buat rasa tough sikit, tapi lama-lama makin ok. Buat wall squat sambil tengok tv, supaya pemikiran anda tertumpu pada tempat lain. Sedar-sedar dah buat 50 saat.



Untuk kesan lebih cepat, telan Omega Guard. Minyak ikan yang membantu membakar lemak dengan efisien.




  1. Bicycle Crunches





[caption id="attachment_1476" align="aligncenter" width="550"]senaman kecilkan paha www.popsugar.com[/caption]

Bicycle crunches adalah teknik paling efektif semasa untuk perut anda adalah dengan bicycle exercise.  Senaman ini menumpukan pada bahagian rectus abdominis (perut) dan juga oblique muscle (pinggang)



Sambil tengok tv pun boleh buat senaman bicycle crunches. Confirm paha makin kecil selepas 2 minggu jika dilakukan secara rutin. Lakukan 12 ulangan dengan 2-3 set.





  1. Lunges





[caption id="attachment_1477" align="aligncenter" width="300"]lunges www.womenshealthmag.com[/caption]

Seperti senaman squat, senaman lunges melibatkan otot quadriceps (peha depan) dan hamstrings (peha belakang). Senaman ini untuk mencantikkan pinggul. Jika anda rajin melakukannya punggung akan menjadi montok dan bulat.



Lakukan 3 set dengan 10 ulangan.



Nak kurus, nak sihat memang kita perlu bersenam. Tiada pil magik yang dapat mencairkan lemak dengan pantas tanpa mengganggu kesihatan.



Tetapi anda boleh amalkan suplemen seperti minyak ikan omega-3 dan minum minuman protein seperti ESP untuk boost metabolisma dan bantu bina otot. Tahukah anda minyak omega-3, protein adalah nutrien yang memerlukan tenaga yang banyak. Bila tenaga banyak diperlukan untuk proses penghadaman, banyak kalori yang dibakar.



Lepas bersenam tu, jangan pulun makan nasi lemak tiga bungkus pula ye!



Semoga artikel senaman kecilkan paha dan montokkan punggung ini memberi manfaat kepada anda yang tercari-cari senaman mudah dilakukan di rumah. Selamat bersenam.



 Sumber info: http://drhidayat.com/, kevinzahri
Sumber imej: blog.drinkhint.com

No comments:

Post a Comment