Wednesday, 18 February 2015

Kegunaan Krim Herbal Blend

 kegunaan herbal blend cream



Assalamualaikum. Salam ceria semuanya,



Krim Herbal Blend adalah antara produk paling laris yang saya jual setakat ini. Harganya tak adalah mahal walaupun anda beli dengan harga runcit. Tapi kalau anda jadi ahli Shaklee, dapat diskaun lagilah.



Biasanya ibu semasa pantang akan beli Krim Herbal Blend sebab bayi mereka mudah naik ruam. Macam-macamlah jenis ruam bayi yang merunsingkan ibu-ibu antaranya ruam susu, ruam lampin dan macam-macam lagi.



Alhamdulillah, kebanyakkan pelanggan saya berpuas hati dengan kesannya yang dapat melegakan ruam bayi.. Selain sesuai dan amat berkesan  untuk ruam bayi, kegunaan Krim Herbal Blend sebenarnya lebih dari itu.



Sebab itulah krim ini dikenali sebagai krim serbaguna (multipurpose)



Kegunaan Krim Herbal Blend



Krim Herbal Blend ini ramai peminatnya kerana bebas paraben dan bebas bahan kimia merbahaya. Krim Herbal Blend ini diperkayakan dengan ekstrak semula jadi seperti Rosemary, Sage, Chamomilla, minyak jagung, dan Salvia.



krim herbal blend



Selain untuk menghilangkan ruam bayi, kegunaan Krim Herbal Blend ini boleh digunakan untuk:



1. Merawat ekzema dan kulit gatal-gatal akibat gigitan serangga



Krim Herbal Blend  sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga.



Untuk masalah ekzema, sapukan Krim Herbal Blend dan hasilnya ruam cepat hilang.



krim legakan gigitan nyamuk



2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah atau merekah



Masalah tumit pecah ini bukan sahaja terjadi pada orang tua tapi juga berlaku pada orang muda. Tambah-tambah kalau anda berlebihan berat badan, banyak berdiri dan banyak berjalan.



Masalah tumit pecah-pecah dan kasar kadangkala memalukan apatah lagi jika anda seorang yang suka pakai kasut ‘high heel’. Eee.. malulah tumit kaki tak cantik, tak licin.



Jadikan Krim Herbal Blend ini teman baik anda setiap hari. Sapu pada bahagian tumit pecah, siku dan lutut untuk kulit yang lebih lembut. InsyaAllah hasilkan memuaskan.



kegunaan krim herbal blend



3. Ubat luka atau melecur



Saya sarankan Krim Herbal Blend ini ada dalam setiap rumah. 1 Rumah 1 Krim Herbal Blend. Ini kerana Krim Herbal Blend ini juga boleh digunakan untuk luka.



Krim Herbal Blend adalah alternatif kepada minyak gamat. Lagipun senang nak dibawa kemana-mana.



Jika ada luka, kesan calar seperti cakaran kucing atau melecur akibat terkena benda panas sapukan Krim Herbal Blend.



4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu



Mak saya dulu pun berteriak satu rumah kalau adik gigit puting. Pedih luka pada puting akibat gigitan si manja yang sedang menyusu hanya Tuhan saja yang tahu



Untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, sediakan Krim Herbal Blend di rumah kerana krim ini juga membantu merawat luka tersebut. Hasilnya? Luka cepat kering.



Ibu-ibu tak perlu risau jika disapu pada puting kerana Krim Herbal Blend adalah dari bahan-bahan semulajadi dan selamat.



kandungan selamat krim herbal blend



5. Menghilangkan parut demam campak



Kalau ada masalah demam campak dan demam pelentung (Chicken Pox), sapukan Krim Herbal Blend. InsyaAllah parut akan pudar.



 krim herbal blend



6. Ruam pada bayi



Antara sebab Krim Herbal Blend laku keras dan saya pun kadang tak menang tangan melayan Whatapps dari bakal pelanggan yang bertanyakan tentang Krim Herbal Blend untuk masalah ruam bayi.



Sampaikan ada yang ambil dua tiub, katanya nak buat stok.



Anda boleh baca kegunaan Krim Herbal Blend untuk merawat ruam yang telah saya kongsikan sebelum ini.



7.  Mengurangkan panas demam



Alhamdulillah, ada juga yang mencuba menyapu Krim Herbal Blend pada anak yang demam. Caranya adalah menyapu krim pada badan anak selepas mandi. InsyaAllah suhu badan anak akan menurun.



8. Losyen harian



Kadang-kadang saya gunakan Krim Herbal Blend sebagai losyen harian. InsyaAllah tangan yang kasar akan menjadi lembut. Apa yang saya suka tentang krim ini adalah krim ini tidak berminyak. Bila sapu rasa sejuk dan nyaman.



Jika anda inginkan Krim Herbal Blend teruskan klik pada banner Beli Sekarang di bawah. Anda perlu gunakan kad debit atau kad kredit untuk  proses pembelian.



 order vitamin shaklee, pengedar shaklee utara



Atau anda boleh juga SMS/Whatapps: 013-9330097 (nazifa) atau email ke order@vitamin2u.com untuk pembelian secara manual.



Saya sedia membantu anda menyelesaikan masalah kesihatan anda, InsyaAllah.



Jangan risau dengan masalah yang melanda dalam hidup kita. Sebagai umat Islam, kita memang tak lepas dari ujian Allah. Saksikan video ini bagaimana kita ingin bermuhasabah diri agar kita sentiasa kekal positif. Saksikan.





Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif from iReach HD on Vimeo



 Share Itu Prihatin



Semoga pengkongsian Kegunaan Krim Herbal Blend ini memberi manfaat kepada anda. Sila Share artikel ini jika bermanfaat di laman sosial anda.



Jika bukan anda, mungkin ada rakan-rakan atau saudara-mara yang memerlukan atau tercari-cari krim yang selamat untuk merawat masalah kulit mereka.



Jangan ketinggalan masukkan email anda untuk mendapatkan info dan tips kesihatan dan kecantikkan secara Percuma!



Sumber imej: (www.fitness.com, ecologyskincare.comhealth.howstuffworks.com, flickr)



Sumber rujukan: (rg-cell.com)

No comments:

Post a Comment