Tuesday, 17 February 2015

Bahaya Anemia Semasa Hamil!

anemia hb low



Anemia adalah masalah utama yang kerap terjadi kepada ibu hamil. Kira-kira satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil. Anemia berpunca dari kekurangan zat besi yang digunakan untuk menjana penghasilan haemoglobin bagi ibu hamil dan anak dalam kandungan.



Adalah penting untuk anda mengetahui sama ada anda menghadapi anemia atau tidak setelah disahkan hamil.



Punca Anemia



Antara punca anemia utama ialah:




  • Kekurangan zat besi

  • Kekurangan vitamin C

  • Kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik

  • Masalah tiroid



Anemia Akibat Kekurangan Zat Besi



Ia boleh berpunca dari:




  • Kecederaan yang menyebabkan pendarahan luaran atau dalaman

  • Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid

  • Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C

  • Kurang pengambilan zat besi dalam diet



Anemia Akibat Kekurangan Vitamin C



Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C boleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.



Anemia Akibat  Kekurangan Vitamin B Complex



Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu.



Berapa Jumah Zat Besi yang Saya Perlukan?



Sebelum Hamil



Sebelum anda hamil, anda memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat besi sehari. Jumlah ini agak banyak. Kebanyakan daripada kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan yang disarankan ini.



Semasa Hamil



Semasa hamil, anda perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Anda perlukan 30 mg zat besi setiap hari.



Anda boleh mengambil makanan kaya dengan zat besi supaya bekalan zat besi anda sentiasa cukup. Sumber makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti sayuran berdaun hijau tua seperti bayam, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang.



Wanita hamil juga memerlukan tambahan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.



Saya sarankan anda elakkan mengambil minuman berkafein seperti  teh dan kopi untuk mengelakkan badan anda sukar menyerap zat besi atau jarakkan pengambilan.



 



Bagaimana Saya Boleh Tahu Sekiranya Saya Mengidap Anemia?



anemia semasa hamil

Anemia semasa mengandung boleh dipastikan jika paras hemoglobin anda mengikut Pertubuhan Sedunia (WHO) kurang daripada 11.0 gm/dl pada trimester pertama dan ketiga.



Secara perubatan, ujian darah perlu dilakukan dan boleh dijalankan di klinik antenatal. Ujian darah dapat menentukan sama ada hemoglobin anda berada pada tahap yang memuaskan ataupun tidak.



Anemia semasa mengandung boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu anemia yang ringan Hb 9-11 g/dl, sederhana Hb 7-9 g/dl dan teruk Hb < 7 g/dl4.



Terdapat juga simptom-simptom anemia yang berlaku sekiranya tahap anemia berada pada tahap yang teruk.



Saya Hamil Anak Kembar, Perlukan Saya Gandakan Jumlah Zat Besi?



Wanita yang mengamalkan diet yang rendah zat besi mudah mengalami anemia. Kekurangan zat besi semasa hamil boleh menyebabkan anemia jika bekalan zat besi dalam badan anda telah sedia berkurangan akibat jarak atara kehamilan terdahulu atau kehamilan yang sangat rapat.



Wanita yang keluar darah haid banyak juga cenderung untuk kekurangan bekalan zat besi sebelum hamil.



Bagi wanita hamil anak kembar, keperluan bagi setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko mengalami anemia.



Bagaimana Saya Ingin Mengatasi Anemia Semasa Mengandung?



Berdasarkan laporan WHO hampir 50% ibu mengandung di seluruh dunia mengalami anemia.



Ibu hamil perlu mengambil sumber makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang.



Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi mengambil masa lebih dari dua minggu untuk menampakkan kenaikkan paras haemoglobin.



Suplemen tambahan adalah sangat penting untuk membantu ibu-ibu mengandung memenuhi keperluan zat besi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga.



Ibu hamil yang mengambil suplemen zat besi setiap hari adalah lebih rendah mengalami anemia berbanding yang kurang mengambilnya.



Adakah Anemia Berbahaya?



Ya, anemia adalah berbahaya jika tidak dikawal dan dirawat. Anemia boleh menimbulkan banyak komplikasi kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan.



Kesan Kepada Ibu




  • Keguguran

  • Bersalin awal

  • Kematian janin dalam kandungan

  • Tumpah darah semasa dan selepas bersalin

  • Kematian ibu semasa kelahiran.



Kesan Kepada Bayi




  • Kerencatan pertumbuhan janin

  • Lemas semasa lahir

  • Lahir tidak cukup bulan

  • Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)

  • Lahirmati



Rawatan dan Cara Mengatasi



Ibu hamil tidak seharusnya memandang rendah terhadap kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan anemia.



Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Atasi Masalah Anemia Ketika Hamil?



[caption id="attachment_1263" align="aligncenter" width="693"]anemia semasa hamil Set Anemia/HB Rendah[/caption]

Vita-Lea iron Formula



Mengandungi zat besi yang membantu menghasilkan hemoglobin yang merupakan protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan ibu dan bayi.



Note: Pesakit Talasemia tidak digalakkan mengambil Vita-Lea Iron Formula



Sustained Released  Vita-C Plus



Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi. Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak.



B Complex



B Complex mengandungi asid folik dan vitamin B12 untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel darah merah.



Ikuti pengalaman ibu hamil ini, Puan Aya yang menderita anemia setiap kali hamil sehinggalah kehamilan yang keempat. Dengarkan tips bagaimana beliau naikkan HB sehingga tidak ditahan wad.





Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.



Adakah anda senasib dengan Puan Aya. Jangan biarkan risiko anemia berlaku kepada anda dan bayi anda. Cubalah Set Anemia semasa hamil hari ini.



Jangan biarkan pengalaman mengandung menjadi sesuatu yang menyakitkan dan menakutkan.



Hubungi saya, Nazifa 013-9330097 (SMS/Whatsapp) atau email ke order@vitamin2u.com.



Anda juga boleh PM saya di facebook.



atau anda juga boleh beli secara online jika mempunya kad kredit/kad debit.



order vitamin shaklee, pengedar shaklee utara



Dapatkan diskaun 20% sekiranya anda mendaftar ahli Shaklee.



Follow Blog Vitamin2u.com secara PERCUMA!



Follow blog saya ini untuk mendapatkan tips-tips kesihatan dan kecantikan yang menarik.



Sumber imej: (healthtips, www.zahlers.com, reps-id.com)



Sumber rujukan: babycenter, simply4mama, Khatijah, Rosnah & Rahmah, 2010Malaysian Journal of Public Health Medicine, Vol.10 (1):70-83) 

No comments:

Post a Comment