Bagaimanakah Cara Menjadi Ahli Shaklee?
Sebelum saya teruskan langkah atau cara menjadi ahli Shaklee adalah lebih baik saya terangkan maksud Ahli Shaklee terlebih dahulu?
Maksud Ahli Shaklee?
Sebenarnya tiada istilah formal yang wujud mengenai ‘ahli Shaklee’ dan ‘harga ahli’. Tetapi istilah ‘ahli Shaklee’ dan ‘harga ahli’ banyak digunakan dalam seharian kerana memudahkan cara dan kefahaman walaupun salah dari maksud yang sebenar.
Shaklee Independent Distibutor
Istilah yang betul adalah Shaklee Independent Disturbutor (SID) atau Pengedar Bebas Shaklee dan harga pengedar. Namun istilah ini jarang digunakan kerana mungkin kerana tidak selesa didengar atau menyebabkan salah faham bagi orang yang tidak berminat menjalankan perniagaan Shaklee.
Istilah ‘harga ahli’ lebih mudah digunapakai dan mesra pelanggan.
Baiklah.
Kita teruskan kepada bagaimanakah cara menjadi ahli Shaklee?
Sekiranya anda berminat menggunakan produk Shaklee anda mempunyai 2 pilihan iaitu:
Pilihan 1 Membeli Pada Harga Runcit
Membeli pada harga runcit bermakna anda membayar harga yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee. Saya berharap anda tidak membuat tawar-menawar yang keterlaluan sehingga menyinggung perasaan pengedar Shaklee.
Sebagai pengedar Shaklee, kami juga ingin menikmati keuntungan jualan runcit dari pembeli yang tidak ingin menjadi ‘ahli Shaklee’.
“Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri”
Bukhari dan Muslim
Pengedar Shaklee juga tidak seharusnya merendahkan harga melebihi harga pengedar bagi menjaga kualiti Shaklee itu sendiri. Bersainglah secara sihat.
Oleh itu sentiasalah bersikap bersederhana dalam bermuamalat.
atau..
Pilihan 2 Mendaftar Sebagai Pengedar Bebas Shaklee
Sekiranya anda ingin menikmati harga pengedar (harga ahli) dengan penjimatan sehingga 25% walaupun untuk kegunaan sendiri dan seisi keluarga anda seharusnya mendaftar sebagai Pengedar Bebas Shaklee.
Bagi anda yang pertama kali ingin mencuba produk Shaklee, saya sarankan anda membeli pada harga runcit dulu dan rasailah dahulu kebaikan dan kelebihan produk Shaklee sebelum mendaftar Pengedar Bebas Shaklee.
Namun saya sarankan anda mendaftar sebagai Pengedar Bebas Shaklee sekiranya pembelian pertama anda melebihi RM400 supaya anda dapat menikmati potongan harga pengedar (harga ahli).
FAQ: Saya berminat menjadi Pengedar Bebas Shaklee. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai ahli Shaklee.
Bagaimana caranya?
Daftar Pengedar Bebas Shaklee (SID)
Mula-mula anda mestilah didaftarkan oleh SID lain (upline) melalui online atau melalui cawangan Shaklee berhampiran (jika anda)
Setiap pendaftaran Pengedar Bebas Shaklee anda akan diberikan ID kepada anda, tetapi ID tersebut belum sah untuk digunakan untuk sebarang urusan pembelian produk Shaklee.
ID saya adalah 917327.
Cara Pengesahan ID:
1. Membeli Starter Kit
[caption id="attachment_1216" align="aligncenter" width="373"]

Harga starter kit adalah RM65.00. Jika melalui online sila tambah RM10 (Semenanjung) atau RM20 (Sabah/Sarawak)
Starter kit mengandungi buku maklumat produk, buku presentation, helaian senarai harga pengedar, helaian senarai harga runcit, buku resit jualan dan beberapa brochur promosi yang berkenaan
Atau..
2. Membuat Pembelian Produk Shaklee Sebanyak 200UV
Anda juga layak menjadi Shaklee Independent Distributor jika anda membuat pembelian 200UV atau lebih kurang RM660 ke atas dalam satu resit secara PERCUMA.
Ya, PERCUMA.
Dengan pembelian 200UV ke atas, ID and akan disahkan dan anda akan mendapat starter kit secara percuma. Anda bebas memilih mana-mana rangkaian produk Shaklee yang anda inginkan dengan penjimatan harga pengedar.
Sebagai Pengedar Bebas Shaklee anda boleh membeli produk Shaklee untuk kegunaan sendiri atau anda bebas menjual semula secara jualan runcit yang sah (ada untung runcit). Sambil makan sambil buat duit. Seronokkan?
Kini pembelian produk Shaklee boleh dilakukan secara online. Hanya buat tempahan, bayar dan tunggu abang GDex atau Citylink hantar barang anda. Oh ya, caj pos adalah pada kadar rata iaitu RM10.
Bonus Pembelian Peribadi
Dengan pembelian sebanyak 200UV anda akan dapat rebet wang tunai sebanyak lebih kurang RM25 pada 15hb bulan berikutnya terus ke akaun bank anda (atau melalui cek).
FAQ: Saya berminat untuk membeli produk Shaklee untuk kegunaan peribadi sahaja. Perlukah saya maintain?
Untuk terus kekal sebagai Shaklee Independent Distributor anda tidak perlu maintain apa-apa.
ID anda akan kekal ‘hidup’ atau aktif selama 18 bulan tanpa sebarang pembelian.
Untuk kekal menjadi Shaklee Independent Distributor anda tidak perlu maintain apa-apa.
ID anda akan kekal ‘hidup’ selama 18 bulan tanpa sebarang pembelian. Selagi ID anda aktif, anda bebas membuat pembelian produk Shaklee pada bila-bila masa yang anda suka.
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang mungkin memerlukan di media sosial dan sebagainya.
Jangan lupa untuk berkunjung ke facebook.com/vitaminshoppe2u untuk mendapatkan info promosi terkini produk Shaklee.
Follow blog ini supaya anda tidak ketinggalan mendapatkan info dan tips kesihatan secara PERCUMA.
Hubungi saya, Nazifa 013-9330097 atau emailkan ke order@vitamin2u.com untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran 'ahli Shaklee'.
Ikuti pengalaman dan rahsia pengguna produk Shaklee memikat hati suami. Anda ingin sentiasa memikat hati suami? Ikutilah rahsia yang dikongsikan.
Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo
Terima kasih.
Hidup Sihat Bersama!
No comments:
Post a Comment