Sana organik, sini organik
Nampaknya semua orang dah sedar mengenai kepentingan makanan organik kepada kesihatan tubuh badan hingga vitamin pun nak cari yang organik. Vitamin organik? Adakah anda tahu makna di sebalik term ‘organik’?
Apakah Organik?
Sebelum meletakkan status sesuatu makanan atau vitamin itu adalah ‘organik’, proses pengeluaran perlulah melalui prosedur ketat dan perlu mendapat pengiktirafan organisasi tertentu.
Organik bermaksud hasil produk adalah dari bahan semulajadi yang tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau sintetik moden dalam proses pembuatan atau penanaman dan tumbesarannya.
Tapi ramai juga yang salah anggap dan menyalah guna 'term' di antara organik dan ‘natural farming’. Untuk menghasilkan tanaman organik bukanlah sesuatu yang senang sebab sumber benih pun perlu dituai dari ‘ibunya’ yang dijaga organik juga. Begitu juga dari penggunaan racun serangga. Racun serangga perlulah organik dan dari sumber organik.
Racun serangga yang kononnya organik yang banyak digunakan oleh 'home gardener' bukan organik sebenarnya, tetapi kita boleh labelkan sebagai racun serangga ‘natural farming’ sebab bahan-bahan untuk menghasilkan racun serangga bebas bahan kimia itu kemungkinan dari sumber bukan organik. Sebagai contoh, semburan bawang putih untuk menghalau serangga perosak. Bawang putih yang digunakan perlu dari sumber organik juga.
Bagaimana Memastikan Vitamin Organik?
Untuk mengeluarkan vitamin organik, pengeluar vitamin perlu melalui standard yang ditetapkan iaitu memastikan tumbuhan yang digunakan untuk membuat vitamin tidak menggunakan baja kimia, racun serangga sintetik dan seangkatan dengannya.
Walaubagaimanapun, jika terdapat kehadiran bahan kimia dari sumber luar iaitu pencemaran bahan kimia dalam tanah air dan udara, pengeluaran masih boleh diiktiraf organik kerana pengeluar telah memenuhi standard dan tidak perlu bertanggungjawab terhadap kewujudan bahan toksik pada produk akhir sesuatu produk.
Tapi, mengapa vitamin semulajadi Shaklee tidak dilabel organik?
Ini yang saya tak sabar nak beritahu anda bahawa vitamin Shaklee lebih dari sekadar organik.
Vitamin Shaklee Lebih Dari Organik
Produk vitamin Shaklee bukan sekadar organik kerana walaupun mematuhi standard ORGANIK, saintis mereka masih menjalankan ujian terhadap produk akhir mereka. Ujian yang dilakukan bukan hanya sekali tetapi berkali-kali untuk memastikan produk Shaklee benar-benar selamat dan lebih dari organic.
Shaklee juga menjalankan 83,000 ujian klinikal ke atas produk nutrisinya sebelum dikeluarkan. Shaklee benar-benar komited terhadap keselamatan dan keberkesanannya produk mereka. Maka, tak hairanlah ramai yang mempercayai produk Shaklee.
Saya kongsikan satu fakta benar mengenai ‘Shaklee Different’ yang membuktikan produk vitamin Shaklee lebih dari organic.
Sebelum ini, Shaklee pernah mengeluarkan satu produk yang dinamakan Panex Ginseng Product yang popular dikalangan pelanggan produk herba Shaklee. Walaubagaimanapun, produk ini dihentikan dan digantikan dengan CorEnergy (tiada di pasaran Malaysia). Kenapa agaknya Shaklee memberhentikan pengeluaran produk tersebut sedangkan hangat dikalangan peminatnya?
Ujikaji oleh saintis Shaklee terhadap bahan mentah mendapati terdapat sejenis racun kulat yang dinamakan Quintozene di dalam bahan utama Ginseng Asia. Shaklee menolak lot pertama bahan tersebut walaupun kehadiran Quintozene terlalu sedikit dan mustahil untuk dikesan.
Kemudian, beberapa lot bahan mentah yang dihantar pembekal ditolak lagi kerana masih menunjukkan kehadiran racun tersebut. Shaklee membuat keputusan besar menangguhkan pesanan bahan mentah sehingga punca sebenar racun tersebut dikenalpasti.
Rupa-rupanya, saintis dapat mengenalpasti racun tersebut adalah dari penggunaan semburan Quintozene oleh pembekal. Akar Ginseng Asia yang berasal dari Jepun dan China ini mengambil masa 7 tahun untuk matang. Dalam tempoh tersebut, banyak kulat terkumpul disebabkan oleh hujan yang banyak. Permintaan ginseng yang tinggi di seluruh dunia menyebabkan pembekal menggunakan racun Quintozene sebelm dieksport.
Oleh itu, Shaklee memutuskan menghentikan pengeluaran Panex Ginseng Product kerana tidak memenuhi standard piawaian Shaklee. Macam tu sekali Shaklee menjaga keselamatan produk.
Kalaulah kita yang menjadi tokey vitamin agak-agak nak ke hentikan pengeluaran produk ginseng sedangkan permintaannya adalah tinggi?
Ia merupakan satu keputusan yang besar buat Shaklee, syarikat nutrisi no. 1 di Amerika Syarikat.
Jadi, syarikat nutrisi mana yang ingin anda pilih? Produk vitamin apa yang menjadi pilihan anda sekarang?
Saya pilih Shaklee. Anda?
No comments:
Post a Comment