Friday, 16 January 2015

Vitamin Ibu Hamil: Suplemen Prenatal Elak Kecacatan Spina Bifida

vitamin ibu hamilTiada pemakanan yang dapat menandingi diet seimbang dan berkhasiat. Namun pengambilan suplemen prenatal adalah digalakkan bagi memastikan kita mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya.



Empat vitamin ibu hamil yang penting adalah kalsium, zat besi, asid lemak perlu, vitamin D dan asid folik. Kita boleh mendapatkan nutrisi ini melalui susu, buah-buahan sitrus, sayur-sayuran hijau, kekacang, bijian penuh, roti dan emping jagung. Suplemen prenatal juga digalakkan diambil bagi menampung kekurangan nutrisi disebabkan diet tidak seimbang dan kehilangan nutrisi semasa proses penyediaan makanan.



Kenapa Ibu Mengandung Perlu Ambil Suplemen Prenatal?



Ibu mengandung digalakkan mengambil suplemen prenatal untuk




  • mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil seperti spina bifida

  • mengurangkan kelahiran bayi pra matang dan kekurangan berat badan ketika lahir

  • membantu ibu kekal sihat dan memberi tenaga kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan

  • mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan kurang selera makan pada awal kehamilan.







Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Vitamin ibu mengandung yang perlu diberi perhatian adalah zat besi, asid folik  kalsium, asid lemak perlu dan vitamin D yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza.



Zat besi



Semasa hamil, jumlah darah dalam badan ibu akan bertambah untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Kekurangan zat besi dalam badan boleh menyebabkan anemia pada ibu hamil.



Risiko kelahiran bayi pramatang dapat dikurangkan jika ibu mengandung mengambil nutrisi zat besi mencukupi. Pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.dan Pengambilan zat besi adalah digalakkan  di atas nasihat doktor.



Dos yang dicadangkan: 30 mg



Asid Folik



Pengambilan asid folik adalah nutrisi yang paling penting diambil oleh setiap wanita sama ada merancang hamil atau tidak. Kehamilan biasanya terjadi accidently kan? Kita tak tahu bila kita akan hamil. Sedar-sedar, kita dah hamil 2-3 bulan. Bagi bakal ibu yang merancang hamil, digalakkan mengambil asid folik 3 bulan sebelum hamil dan trimester pertama kehamilan.



spina bifida



Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.



Kalsium



Bekalan kalsium yang cukup penting untuk pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga.



Kekurangan kalsium pada ibu mengandung boleh menyebabkan sakit pinggang, kekejangan otot kaki dan kerosakan gigi sepanjang kehamilan. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko preeklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.



Cadangan dos: 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).



Asid Lemak Perlu



Asid lemak perlu seperti omega-3 yang kaya dengan DHA dan EPA penting untuk pembentukan otak, sistem saraf dan penglihatan. Ikan berminyak adalah sumber terbaik DHA dan EPA. Tetapi ibu perlu berhati-hati dalam pengambilan ikan yang terlalu banyak kerana ikan mengandungi kandungan merkuri yang tinggi dan berbahaya untuk kesihatan. Jadi, dapatkan nasihat doktor sama ada perlu untuk mengambil suplemen omega-3



Vitamin D



Vitamin larut lemak ini membantu menguatkan ulang dan gigi. Vitamin D penting untuk mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan.



Cadangan dos: 200IU vitamin D setiap hari.



Cadangan Suplemen Prenatal



VITAMIN IBU HAMIL




  1. Vitalea - multivitamin dengan zat besi yang diformulasi lengkap dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh wanita hamil

  2. B-Complex - lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik.

  3. Ostematrix -  Tablet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu dilengkapi dengan pakej tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis untuk mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

  4. Omega Guard - Sumber omega-3 terbaik dari minyak ikan tulen.



Add On



Vitamin C - menguatkan antibodi
ESP - membina sel dan memberi tenaga kepada ibu hamil supaya kekal cergas dan aktif. Tak adalah bakal ibu nampak monyok je. :)



Untuk pemegang kad kredit dan debit boleh buat buat pembelian terus memalui banner di banner di bawah



pengedar shaklee utara



atau boleh juga dapatkan khidmat nasihat PERCUMA dan pembelian dan daftar ahli dengan hubungi saya secara SMS/Whatapps: 013-9330097 atau order@vitamin2u.com.

No comments:

Post a Comment