Top 5 Vitamin Asas Kesihatan
Berikut adalah vitamin asas yang perlu diambil setiap orang sepanjang hidupnya. Jika ada yang tertanya-tanya apakah vitamin asas yang perlu saya ambil dan sebab kenapa saya perlu ambil vitamin tambahan. Inilah jawapannya. Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa suplemen.
1. Multivitamin
Multivitamin adalah vitamin yang perlu diambil setiap hari. Multivitamin yang baik adalah mempunyai vitamin seperti berikut:
- Pastikan multivitamin mengandungi vitamin A, C, D, E dan K termasuk potasium, zink dan iodin.
2. Kalsium dengan Magnesium
Kalsium penting untuk tulang dan gigi yang kuat. Tak sia-sia ibu bagi minum susu masa kecil-kecil dulu. Ada tak yang tak suka minum susu?
Selain itu, kalsium juga penting untuk otot, saluran darah, sistem saraf untuk berfungsi denga baik.
Pengambilan yang disyorkan adalah 600 mg kalsium bersama 400 mg magnesium setiap hari. Magnesium berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium.
Kalsium tidak boleh diambil bersama multivitamin dalam tempoh 1-2 jam pengambilan kerana akan menganggu penyerapan vitamin.
Pengambilan kalsium sangat penting terutamanya bagi ibu menyusu.
Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari.
3. Vitamin D
Kebanyakkan dari kita tidak mendapat pendedahan Vitamin D yang cukup dari matahari. Kekurangan vitamin D menyebabkan kalsium tidak dapat diserap dengan baik. Vitamin D penting untuk mencegah osteoporosis dan kecederaan tulang. Vitamin D juga boleh mencegah kebanyakkan kanser.
Jadi ambillah vitamin D anda hari ini.
Dos harian Vitamin D adalah 1000IU.
4. Asid Lemak Omega-3
Asid lemak omega-3 boleh didapati pada minyak ikan, tumbuhan dan minyak kacang. Omega-3 berfungsi untuk kesihatan jantung, meningkatkan kecerdasan otak dan kesihatan sendi. Omega-3 sangat kritikal diperlukan bagi mereka yang kurang makan ikan. Vegetarian amat terdedah kepada kekurangan omega-3 dan juga protein.
5. Asid Folik
Asid folik adalah nutrisi penting yang mesti wanita ambil sepanjang hidupnya. Kita banyak didedahkan bahawa wanita mengandung perlu mengambil asid folik untuk elakkan kecacatan tiub neural pada bayi yang dikandung. Sebenarnya, asid folik perlu diambil sepanjang hidup kita sama ada merancang hamil atau tidak. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan DNA dan sel darah merah.
Ramai ibu hamil yang mengambil asid folik sebaik sahaja mendapati hamil. Kebanyakkannya menyedari telah hamil bila dah 2, 3 atau 4 bulan ke atas. Pada masa itu, pengambilan asid folik sudah terlambat kerana tiub neural telah terbentuk semasa 3 bulan pertama kehamilan.
Risiko bagi anak yang mengalami kecacatan tiub neural adalah:
- meninggal dalam kandungan
- meninggal selepas dilahirkan
- hidup tapi lumpuh seumur hidup
Jadi, jangan abaikan asid folik ye! Mulakan mengambil vitamin prenatal bagi memastikan ibu dan bayi dalam kandungan selamat.
Dos harian sebanyak 400 mcg*
Sumber rujukan: (droz)
No comments:
Post a Comment