Thursday, 19 September 2013

5 Sebab Perlu Makan Vitamin

Assalamualaikum..


Ingat dulu-dulu, masa belajar kat UMT (dulu KUSTEM) pergi klinik minta vitamin C. Muka tak malu kan? Sebenarnya, time tu sakit perut. Bila doktor tulis preskripsi minta sekali la nakVitamin C.

Doktor ni pula gatal pula tanya 'makan vitamin untuk apa?' Alahai doktor.... Lepas tu tak pergi minta vitamin dah. Member-member lain minta vitamin relax je. Nasib badan...

5 Sebab Perlu Makan Vitamin

  1. Badan kita tidak mampu untuk menghasilkan vitamin dan mineral. Jadi untuk menampung keperluan badan dan bergerak aktif, kita perlu mendapatkan sumber vitamin dari sumber makanan. Sebagai contoh vitamin C. Vitamin C bagus untuk kulit.  
  2. Gaya hidup. Isteri pada hari ini rata-rata keluar bekerja. Makan di luar dan kadang-kadang makan makanan segera yang banyak MSG. Di sini, makanan tambahan main peranan.
  3. Pengambilan makanan yang tidak seimbang mengikut piramid makanan.
  4. Zat makanan mudah hilang semasa pengangkutan, penyimpanan dan cara penyediaan. Sebagai contoh, vitamin C mudah rosak dengan haba yang tinggi semasa masak.
  5. Buah-buahan atau sayur-sayur gagal memberikan zat yang terbaik kerana keadaan tanah kurang subur. Racun perosak, racun serangga juga mempengaruhi kualiti buah dan sayuran.

Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari. - Utusan Malaysia

Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA 

Shaklee ID: 917327
Nazifa Mazni
Whatapps | SMS: 013-9330097

No comments:

Post a Comment