
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Status Halal Shaklee
Untuk pengetahuan semua, semua produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia telah mendapat pengiktirafan dari Services of America (ISA). Seperti yang anda tahu, vitamin Shaklee adalah keluaran produk United States dan ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.
JAKIM tidak mengeluarkan sijil halal bagi semua produk yang diimport tetapi mengiktiraf badan-badan pensijilan halal yang mengikut prosedur yang ditetapkan. Usaha untuk mendapat sijil Halal bukan mudah kerana perlu mengikut prosedur yang ketat dan teliti dari sumber bahan mentah hingga menjadi sesuatu produk sama ada makanan, kosmetik dan lain-lain.
Sebagai umat Islam, kita juga perlu mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di seluruh negara untuk mengelakkan rasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara.
[caption id="attachment_628" align="aligncenter" width="777"]

Untuk mengetahui badan-badan pensijilan halal yang diiktiraf JAKIM anda boleh melayari laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM.
Yelah kan, kalau pergi melancong ke luar negara takkan nak beli barang, masuk restoran ke apa nak cari logo Halal JAKIM. Memang tak jumpa la. Kebulur la kat negara orang. So pergi la ke website yang dinatakan tersebut untuk lihat badan-badan Islam yang diiktiraf dan kena tahu juga logo Halal yang digunapakai. Lain negara lain logo Halalnya.
Namun begitu, timbul juga isu mengenai bovine gelatin. Adakah bovine gelatin yang terdapat pada Vitamin E, Omega Guard dan Lecithin halal?
Apa tu Bovine Gelatin?
Gelatin dihasilkan dari otot dan tisu haiwan samada porcine (babi), bovine (kerbau/lembu), poultry (ayam) atau marine (ikan). Bovine gelatin adalah gelatin dari kulit tua (keras dan liat) atau pun tulang daripada tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau atau babi.
Apakah Status Bovine Gelatin Shaklee?
Walaupun sumber gelatin itu halal, namun timbul pula persoalan mengenai penghasilan gelatin tersebut. Adakah lembu tersebut disembelih mengikut hukum syarak atau tidak? Itulah menjadi persoalan utama yang menentukan status halal sesuatu gelatin.
Adakah Bovine Gelatin yang digunakan Shaklee Halal?
Untuk makluman semua, penghasilan produk shaklee bagi negara Islam dan bukan Islam diasingkan. Shaklee telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kawalan yang ketat mengenai perkara ini yang pastinya mencetuskan sensitiviti umat Islam. Anda boleh lihat sendiri pada label botol-botol Shaklee yang dipasarkan di Malaysia.
Kapsul dan softgel yang digunakan dalam vitamin Shaklee dikeluarkan oleh Nutra Manufacturing, Greenville iaitu syarikat pengeluar capsul/softgel yang telah pun mendapat pengiktirafan sijil halal. Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America). Jadi anda tidak perlu ragu-ragu lagi. Diharap maklumat ini dapat memberikan penjelasan kepada semua mengenai status halal bovine gelatin yang digunakan oleh semua produk Shaklee di Malaysia.
Dan saya kongsikan di sini Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2014. Sepatutnya anda tidak perlu lagi rasa was-was atau meragui dengan ISA yang sememangnya diiktiraf oleh JAKIM sendiri. Segalanya yang baik datang dari Allah s.w.t.
Namun begitu, jika anda membeli produk Shaklee di luar Malaysia pastikan keHALALannya ya :)
Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
Sijil Halal Shaklee
Di bawah ini adalah Sijil Halal Shaklee bagi Januari 2014 bertarikh 27 Januari 2014.
[caption id="" align="aligncenter" width="467"]
update: Sijil Halal Shaklee tahun 2015 bertarikh 16 Januari 2015.
Saksikan kenapa isteri lagi power dari suami?
Kenapa Suami Tak Boleh Jaga Anak, Kemas Rumah & Masak Pada Masa Yg Sama? from iReach HD on Vimeo
Sumber : halalscience, halal
No comments:
Post a Comment