
Soy Protein Isolated vs Soy Potein Concentrate
Saya yakin ramai peminat soya di luar sana. Termasuklah lah saya. Jika ke pasar malam mesti saya beli tau fu fa atau setidaknya air soya panas dicampurkan dengan sedikit tau fufa, letak gula merah. Pehh sedap.
Tau fu fa adalah antara produk soya yang mudah didapati di pasar malam, dan pasar tani. Apa lagi produk soya? Tauhu, tempe juga adalah antara produk soya. Selain itu, soya juga terdapat dalam bentuk tepung seperti protein soya (soy protein). Soy protein ini pula ada lagi kategorinya, antaranya soy protein concentrate, textured soy protein dan soy protein isolate.
Apakah beza antara 3 jenis soy protein ini?
Mari saya terangkan
Soy protein concentrate
Soy protein concentrate adalah protein soya yang diasingkan dari bahan larut air dan lemak dari serbuk kacang soya. Kandungan protein dalam soy protein concentrate dalam 65% dan ia masih ada rasa soya kerana karbohidrat di dalamnya masih ada.
Soy protein isolated
Soy protein isolate pula adalah soy protein concentrate yang diasingkan karbohidrat daripadanya, menjadikan ia adalah protin soya paling ‘pure’ dengan kandungan protein lebih kurang 90%.
Textured soy protein
Textured soy protein pula bila tepung protein soya yang melalui proses extrusion yang mana menjadikan teksturnya menjadi padat dan kasar.
Pemprosesan sesuatu bahan menentukan hasil akhir sesebuah produk produk dari segi kualiti, rasa, khasiat dan sebagainya. Begitu juga dengan proses soya ini. Perbezaan proses ke atas soya-soya ini memberi seribu perbezaan terhadap kesan-kesan langsung dan kesan sampingannya.
Malah, soy protein isolate juga dihasilkan dengan proses berbeza yang turut memberi kesan kepada khasiat dan kandungan phytonutrien dalam soya tersebut.
Antara proses-proses yang mengurangkan khasiat malah memberi kesan buruk terhadap soy protein isolate ialah:
- Diproses dengan suhu tinggi
- Pengasingan dibuat dengan menggunakan alkohol
- Penggunaan bahan kimia
Oleh itu, kita harus bijak memilih protein soya terbaik untuk diambil sebagai tambahan kepada diet. Pastikan produk soya pilihan anda selamat dari soya-soya yang boleh meningkatkan risiko kanser!
Saya pilih
Anda?
Produk ESP ini juga menjadi pilihan makcik ini kekal cergas pada bulan Ramadhan walaupun sedang mengandung. Alhamdulillah, pengalaman mengandung sebelum ambil ESP dengan selepas ambil ESP sangat berbeza. Dengarkan pengalaman beliau.
Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo
Kongsikan artikel ini untuk manfaat bersama.
Hubungi saya, Nazifa 013-9330097 (SMS/Whatapps) atau order@vitamin2u.com untuk konsultasi percuma.
Sumber : vitaminsemulajadi
No comments:
Post a Comment