Assalamualaikum
[caption id="" align="aligncenter" width="478"]

Antara suplemen Shaklee yang menarik perhatian saya adalah Alfalfa. Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan kebaikan yang diperolehi dari Alfalfa. Tentu anda tertanya-tanya kenapa, kan?
Saya mengalami masalah resdung sejak 2 tahun yang lalu. Sebelum ni, saya tak tahu macam mana perasaan orang yang ada resdung. Dengar-dengar je. Rasa tak selesa, bersin, sakit kepala. Ramai yang beranggapan resdung ni bukan satu masalah besar. Macam saya dululah, tak dapat nak memahami. Adik saya dulu pun ada resdung agak kronik.
Bila saya pula terkena resdung, barulah dapat rasa apa yang adik saya rasa dulu. Bila bangun pagi, bersin sampai meleleh la hingus. Hingus pulak cair. Bersin bukannya sekali tetapi bertali-tali bersinnya. Bayangkan solat Subuh, huuuu... sangat tak selesa, dengan bersin dan hingus meleleh je.
Hidung pun rasa merenyam-renyam (betul ke eja ni) dan rasa bersin yang tak jadi paling tak suka. Menyucuk rasa otak. Tak boleh tahan. Kadang-kadang, hidung saya berdarah sebab selalu picit hidung. Yelah tak tahan rasa renyam-renyam tu.
Panik juga bila first time ada resdung dan keluar darah. Bila pergi klinik, doktor bagi sejenis ubat dan vitamin C. Legalah sekejap dan resdung keep coming back. Tak larat juga kalau nak selalu pergi klinik ambil ubat.
Saya mula makan vitamin Shaklee sebab trying to conceive (TTC), sebenarnya dah banyak produk kesuburan dah cuba tapi belum rezeki. Rawatan di hospital pun pernah dan saya pun pernah buat IUI tapi tak berjaya.
Dalam set kesuburan tu ada termasuk alfalfa sekali. Tujuan makan alfalfa ni sebab nak detoks toksin sebab nak detoks ubat period (pil perancang) yang pernah saya makan dulu. Saya pernah tanya doktor ubat yang saya makan tu boleh beri kesan susah nak hamil ke? Saya tanyakan pada doktor pelatih. Doktor tu pun macam segan nak jawab, and she say yes.
Sebelum saya tanya doktor tu, saya dah cari info ubat dan kesan yang selama saya makan dulu. Dari artikel tu, kesan pil perancang ni susah hamil. Walaupun saya makan untuk tujuan period.
Alhamdulillah walaupun saya makan alfalfa sebagai usaha untuk TTC secara tidak langsung Alfalfa melegakan sakit-sakit yang lain seperti resdung dan penghadaman. Saya rasa berat badan pun makin kurang. >__<
Kesan pertama sekali yang saya rasa setelah makan Alfalfa ada bangun pagi dah tak bersin dah, hidung tersumbat pun tak ada. Feeling lompat2. solat Subuh pun dah selesa, tak de dah hingus nak meleleh. Masalah keputihan saya juga terkawal. GLA pun ok juga, sebab saya dah datang period selepas sebulan makan.
Sesiapa yang ada resdung boleh ikhtiar dengan alfalfa kerana banyak kebaikan alfalfa. Kalau tak, tak adalah digelar Raja Tumbuhan.
Add-on, vitamin C dan B-complex untuk kesan yang lebih baik.
Alfalfa kini dah jadi teman baik saya.T___T
Jadikan Alfalfa teman baik anda juga dengan membeli produk Alfalfa yang akan membantu masalah resdung anda. Bukan sahaja resdung malah masalah kesihatan lain seperti hubungan suami isteri, masalah susu badan yang kurang dan macam-macam lagi hanya dengan pengambilan suplemen Alfalfa, Raja Segala Tumbuhan.
Saksikan pengkongsian ibu ini menambah susu badan supaya anak tidak kelaparan.
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Kredit Imej: (www.skalpil.ru,health)
No comments:
Post a Comment